Suami Part Time | Assalamualaikum semua. Terima kasih IIUM Confession sebab siarkan confession saya. Terima kasih kepada sudi membaca dan saya menerima semua nasihat dan teguran atau kecaman dari semua pihak sebab saya pun tak sempurna.
Pertama sekali, tajuk confession saya ni tak ada kaitan dengan nikah
kontrak ke, suami orang ke, takde takde. Sorry to dissapoint tapi memang
tu tajuk paling sesuai.
Saya memang isteri pertama (setakat ini) dan takde madu. Saya dah
berkahwin, pada tahun 2015 dengan lelaki pilihan hati yang umurnya jauh
lebih tua dari saya, jarak umur kami 12 tahun.
Semasa di alam percintaan dia sangat matang, selalu jadi problem solver,
dan paling penting dia sangat menjaga hati dan menjaga saya secara
keseluruhannya.
Walaupun saya berfikir panjang sebabkan perbezaan umur kami, tapi saya
yakin dengan pilihan saya pada masa itu. Masa itu yang buat saya kurang
yakin adalah level pengetahuan dia tentang agama.
Dia tak pandai mengaji, solat pun bila sempat je, tapi dia yakinkan saya
dengan tunjuk dia nak join kelas mengaji dan ada baca buku tentang solat.
Kami pun sama-sama kumpul duit untuk melangsungkan majlis kami walaupun
keluarga kami berdua bukanlah susah, tapi kami berdua anak sulung jadi
berdikari tu lebih sikit lah.
Kisahnya, selepas kahwin, 6 bulan pertama itu indah la macam rainbow
gitu. Makan sama-sama, tengok tv sama-sama, basuh pinggan sama-sama,
solat jemaah bersama. Tapi lama kelamaan kami mula bergaduh.
Suami dah lama bujang dan hidup sendiri dari family dia jadi dia menjadi
seorang yang sangat perfectionist/ OCD.
Dia tak boleh tengok kerusi senget sikit, meja ada cop jari, meja side
table ada bekas air bila diangkat (nak kena ber coaster bagai), habuk
kat tv, toilet basah pun tak boleh, sinki basah pun tak boleh, kaunter
dapur basah setitik pun tak boleh.
Nak jadi cerita kami berdua ni bekerja, sangat sibuk. Jadi bila dia
balik penat-penat, saya balik penat-penat dia akan start meleter pasal
rumah.
FYI, saya ni memang kaklong, jadi saya biasa buat kerja rumah. Even mak
saya pun suka sorok barang dia dari saya sebab saya ni pesen kemas semua
buang buang dan buang! Nightmare kepada semua makcik-makcik yang hobi
kumpul barang-barang tak ketahuan ni.
Tapi level perfect yang suami saya mau ni as if macam saya ni maid hari2
dia akan round rumah check apa yang tak betul kat mata dia dan mula guna
bahasa yang tak sedap “Rumah macam tong sampah”, “Ni rumah ke jamban”,
“You buat apa tak jaga rumah ke”.
FYI saya bekerja full time di pejabat jugak, professional level.. sampai
rumah pun pukul 7 malam setiap hari dan masih usahakan untuk memasak dan
mengemas rumah.
Mula-mula saya diam dan makan hati.. tapi suatu hari saya tak tahan dan
mengamuk menjerit kat suami bila dia mula guna bahasa yang as if
menghina saya.
Suami terkejut dengan amukan saya dan dari situ lah bermula episod
pergaduhan mulut kami. Sejak hari itu, asal kami bergaduh, kami akan
menjerit-jerit to each other. Unhealthy.
Tahu, tapi masa tu saya memang dah tak boleh tahan, kita pun penat
kerja, tapi takde la guna bahasa membuli macam dia. Perempuan baik macam
mana pun, kalau hari-hari kena hadap ayat menyakitkam hati, lama-lama
meletup jugak.
Ok fast forward, saya mengandung dan bersalin. Saya berpantang di rumah
mak saya di Seri Kembangan.
Masa hari pertama anak lahir, suami saya cakap dia nak balik rumah
sekejap freshen up sementara mak ayah saya tunggukan saya sekejap.
Sudahnya 24 jam dia tak datang!
Mak ayah saya terpaksa bermalam dengan saya di hospital dengan baby
newborn yang tersangat cranky, nangis selang sejam, dan tak pandai
breastfeeding. Saya dan ayah call suami berkali-kali tapi tak berjawab.
Masa tu saya dah start d3pr3ss, dah start Postpartum Blues. Akhirnya
suami muncul tengah hari keesokkannya setelah 24 jam hilang. Dia cakap
apa, dia TERTIDUR.
Saya tahu mak ayah saya sangat upset tapi diorang tahankan je. So masa
saya berpantang, suami tak duduk dengan saya walaupun rumah kami dekat
je dalam 15-20 minit dari rumah mak.
Dia datang dalam selang dua-tiga hari or datang overnight weekend je.
Yang banyak menguruskan saya adalah mak saya, adik saya, dan ayah saya
tolong beli itu ini.
Even Confinement Lady, saya yang bayar sebab saya kan cuti bersalin,
gaji takde la pakai sangat. Suami datang jenguk sekejap then dia akan
balik tido di rumah kami seorang.
Dari sini dah nampak perangai seperti di title confession saya. Suami
Part Time. Dia hanya jadi suami bila dia free.
Fast forward 5 tahun seterusnya, suami masih begitu. Dia sangat
workaholic. Apapun kerja dia akan diutamakan.
Saya cuba faham dan beri peluang dia bekerja lah setakat mana dia mahu,
setiap hari balik malam-malam. Kalau ada event ke majlis keluarga jangan
harap nak datang.
Kalau anak sakit ke kena bergaduh dengan dia untuk minta dia cuti jaga
anak. Dan of course bergaduh macam nak pecah rumah sebab saya dah pandai
menjerit sejak berkahwin dengan dia banyak vocal training.
Kalau ada emergency ke apa ke dia akan lepas tangan siap siap sedangkan
waktu kerja dia lagi flexible dari saya.
Sekarang ni urusan anak dan billing rumah memang saya yang uruskan 100%
dengan harapan nak bantu dia bekerja dengan sempurna. Tapi bila saya ada
emergency, dia terus akan cabut lari. Dia akan cari jalan supaya dia tak
perlu involve dan dia nak Kerjaaaaa je.
Bila anak sakit saya akan cuti tapi kadang-kadang saya pun ada work,
emergency kena hadir meeting ke kursus wajib ke, masa tu dia akan kalut
cari orang untuk jaga anak.
Bukan dia yang offer nak jaga anak sedang kan dalam 30 hari dalam
sebulan tu memang saya je lah hadap anak-anak kecil kami. Dia satu hari
nak cuti pun susah yang amat. Saya makin lama makin penat sampai
keluarga saya pun dah nampak masalah rumahtangga kami.
Saya pun tak faham kenapa dia nak berkahwin tapi tak nak beri komitmen.
Dia nak jadi suami part time. Bila yang dia free je baru dia cakap okay.
Sampai satu tahap saya cakap kat dia orang lain bermimpi nak dapat anak
dan isteri macam saya dan anak-anak ni, dia ada tapi tak kisah pun. Ada
suami tapi macam tak wujud. Better bercerai je.
Malam-malam pun dia balik kerja bukan nya dia melayan saya dan
anak-anak, dia akan berkurung dalam bilik main FB. Tengok news pun dari
fon, alasan sebab anak-anak conquer tv dan dia penat.
Saya pun balik kerja penat-penat tu uruskan anak dan rumah, bagi mandi,
bagi makan, layan diorang bermain, kadang-kadang letih tu sampai gastrik
angin pening kepala yang level baring aje mampu kat karpet rumah.. biar
je la rumah sepah kejap.
Nanti kemas la kan bila bebudak tido. Ha lepas tu dia keluar nampak saya
baring, mula berleter macam makcik dan ayat – ayat menyakitkan hati dia
keluar balik.
Zaman anak takde pun dia kata rumah sampah.. padahal tak sepah, yang
sepah ni korang bayangkan la dia kata apa. FYI rumah kitorang ni mungkin
rumah paling bersih korang pernah tengok, sesiapa yang datang pun kagum.
Mainan anak bersepah tu norma biasa, dan setiap malam masa kemas beg
sekolah anak saya akan kemas.
Lepas tu suami akan masuk balik dalam bilik konon marah la rumah sepah,
padahal kita tahu kan mentaliti dia kan suami part time, only bila free
dan rajin je baru jadi suami..
Dia malas nak kisah ke nak tolong kemas ke takde la selamat tinggal see
you later alligator.
Sekarang ni lagi hebat, saya bangun pagi nampak pinggan-pinggan kotor
dia makan snacking tengah malam. Saya bangun subuh untuk bersiap kan
anak-anak sudah nya tambah kerja extra je.
Hubungan kami memang dah tersangat dingin, cakap bila perlu aje. Mesej
bila perlu aje. Dia akan datang kat saya bila nak minta tolong. Anything
la, pasal kerja dia ke, pasal duit ke.
Kami ni macam housemate, tak macam suami isteri dah. Kemesraaan yang
lepas tu rasa macam silam yang jauh sangat padahal baru kahwin few years.
Ego suami tinggi sebab dia tua banyak dari saya. Dia kalau bergaduh mula
nak keluar ayat-ayat menyakitkan hati dia dan saya pulak memang ticking
time bomb akan meletop macam land mine.
Ye, saya pun salah sebab saya selalu menjerit bila saya marah tapi saya
cuma manusia biasa. Isteri yang tidak dimanja dan dibelai , dilayan
macam maid dan PA tak berbayar. Saya bukan sejenis menjerit dan saya pun
tak tahu saya boleh menjerit sampailah saya berkahwin.
Banyak kali saya menangis sendiri dan give up. Saya hanya bertahan dalam
perkahwinan ini sebabkan anak-anak je.
Anak-anak pun dah mula renggang dengan Bapa Part Time diorang ni
walaupun kadang-kadang saya cuba juga bagi anak-anak manja dengan ayah
nya. Tapi macam biasalah suami hanya nak melayan bila dia free, bila dia
tak penat, dan bila dia berminat aje. Part timer. Come and go.
Kadang-kadang saya cuba bayangkan kalau lah saya boleh jumpa seorang
lelaki yang teringin nak merasa ada anak dan isteri dan sanggup buat apa
saja untuk ada sedikit masa untuk isteri dan anak-anak. Macam mana lah
hidup saya, mesti jauh lebih bahagia. Berangan kan free.
Tapi saya cuba fokus kat kekurangan diri saya sendiri dan ubah apa yang
boleh diubah.
Saya ada cuba berbincang dengan suami apa yang saya rasa tapi dia tak
berminat nak dengar. Sama ada dia dengar setengah jalan dan twist benda
lain atau dia dengar dan dia akan jadi defensive dan buat alasan untuk
diri sendiri.
Dia kan ego, perfectionist dan dia jauh lebih tua dari saya jadi apa
yang saya cakap tak sampai kepada dia. Sudahnya saya akan menjerit
kemarahan dan dia akan masuk ke bilik main fon.
Saya mahukan suami Full Time. Kerja kuat tiada masalah tapi ada dan
hadir bila diperlukan. Penat ataupun sedih, kongsi bersama. Cakap dengan
bahasa yang baik dengan isteri dan anak-anak.
Setiap malam lepas anak tidur ada masa untuk luangkan bersama. Ada event
keluarga, participate.
Macam keluarga yang normal, bahagia, dan simple. Saya pun tak suka jadi
pemarah dan menjerit-jerit macam orang hilang akal.. tapi jujurnya saya
memang dah hilang akal sebab saya tak faham kenapa dia kedekut sangat
dengan masa dia.
Mungkin suatu hari saya akan kuat dan finally bercerai. Nak bercerai pun
perlukan kekuatan, saya kesiankan stigma kepada anak2 dan keluarga.
Saya rasa saya boleh survive tanpa suami sebab dia hadir dalam hidup dan
jiwa saya pun part time je kan. Walaupun hati kecil berdoa setiap hari
agar suami berubah dan rumahtangga kembali indah.
Terima kasih.. Doakan saya kuat. Insha Allah.
– Narsha (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions