Surirumah Terluka | Assalamualaikum.. Saya pernah menjadi suri rumah.. beza umur anak selang 2 tahun seorang.. dari segi luaran saya memang nampak ok. Tapi saya sebenarnya tak ok.

Bagi saya, menjadi suri rumah ialah pilihan sendiri.. sebab saya nak
jaga anak dengan tangan sendiri. Suami pun tak memaksa saya bekerja..
Sepanjang menjadi suri rumah alhamdulillah rezeki kami cukup..

Kami tak perlu hantar anak pada pengasuh, kami tak perlu membeli susu
formula sebab saya menyusu sepenuhnya kedua2 anak, kereta satu saja jadi
komitmen tak tinggi, saya terima dan makan apa adanya dan tak merungut.

Cuma sepanjang menjadi suri rumah.. saya mengalami d3pr3ssion. Kenapa?
sedangkan saya sendiri yang mahu menjadi suri rumah dan gembira dengan
pilihan sendiri.

Pengalaman saya, saya pernah terdengar suara untuk mengelar tangan
sendiri, saya pernah menangis tanpa sebab, saya pernah fikir nak campak
anak, saya murung dan lupa apa hobi saya, saya tak berminat nak makan
walaupun sebelumnya saya sangat suka masak dan makan..

Saya sukar nak tidur malam.. saya macam kehilangan diri sendiri.. saya
rasa diri tak berguna.. dan banyak lagi keadaan yang menyebabkan saya
rasa mahu saja m4ti.

Saya pernah jumpa doktor, tapi doktor tu lelaki dan dia tak tahu apa
masalah saya.. dia menganggap saya mengalami masalah rumahtangga bila
saya cuma menangis depan dia..

Dan dia bagi saja ubat tidur bila saya minta tanpa cuba fahami masalah
saya.. lagilah saya rasa putus harap sebab dia tak cuba bantu saya.

Setelah saya fikir kembali, antara sebab saya kemurungan ialah sikap
suami yang suka mengkritik. Suami saya baik, tapi dia tak faham tugas
seorang suri rumah yang sangat memenatkan..

Saya buat segala2 nya dari mengurus anak, pergi pasar, memasak, basuh
baju, jemur baju, lipat baju, gosok baju kerjanya, kemas rumah, urus
anak yang clingy.

Bila dia balik rumah kena dalam keadaan kemas sebab suami serabut tengok
rumah bersepah. Tapi apa yang mahu diharapkan dari dua anak yang baru
berusia 3 tahun dan setahun..

Saya ke pasar membawa kedua2 nya, balik rumah dalam keadaan penat terus
memasak tengahari sebab suami balik makan tengahari, sebelum balik rumah
mesti berkemas tapi agak mustahillah dengan dua anak kecil.. saya bukan
robot mampu buat semuanya.

Apa jadi kalau dia balik rumah bersepah? suami akan kata saya ni tak
pandai mengemas, malas, atau pun dia diam saja tapi saya tahu dia tak
puas hati dengan pandangan matanya..

Lepas masak saya dah penat mahu mengemas dapur, tapi kalau saya biarkan
tentulah dia akan kata saya ni pengotor dan pemalas,

Lepas makan dia akan pergi kerja balik, dan sayalah kemaskan semuanya..
balik petang rumah kena kemas lagi.. anak kecil biar setengah jam pun
dah bersepah takkanlah saya nak kena kemas sepanjang hari.. saya tahu
penat juga, dengan menyusu lagi.

Saya masak setiap hari tanpa gagal.. untuk suami dan anak2.. sebab saya
rasa memang tanggungjawab saya..

Lagipun saya mahu tolongkan jimat belanja rumah, memang banyak dapat
jimat kalau masak sendiri.. tapi suami jarang hargai, kadang dia komplen
lagi ayam saya tak masak, atau kari saya tak menjadi, atau dia buat muka..

Saya rasa sangat tak dihargai selepas saya berhempas pulas siapkan
makanan dengan dua anak kecil, saya rasa diri tak berguna sedangkan
orang lain selain suami selalu puji masakan saya.. ini suami sendiri
asyik condemn saya, saya jadi down.

Bila perkara ini berlarutan, ia seperti menyebabkan saya hilang
keyakinan diri.. saya dulu seorang yang bersemangat, hobi saya memasak
dan saya memang suka cuba resepi baru.. tapi bila asyik dikritik dan tak
dihargai, saya jadi begitu rendah diri, rasa tak berguna dan jadi down
sangat.

Bertahun keadaan berlarutan, suami pula sangat sibuk dan jarang bawa
saya berjalan.. bukan saya tak pernah minta,

Saya cuba berterus terang yang saya perlukan masa untuk bergembira atau
tukar angin, memandangkan saya 24 jam seminggu hanya duduk dalam rumah
dengan anak kecil, saya rasa mental jadi block dan tepu, tapi suami tak
faham sangat..

Dan jaranglah nak bawak saya makan angin.. saya bukan minta pergi hotel
mahal, sekadar bawa pergi makan di kedai atau ke pantai, saya akan rasa
lebih tenang.. tapi saya jarang dapat keaadan tu.. hujung minggu suami
sibuk dengan urusan lain pulak.

Saya rasa mental saya breakdown sangat.. banyak kali cuba saya beritahu
suami, saya hantar mesej panjang2, saya luahkan apa ada dalam hati saya,
tapi sekadar tu sajalah.. tiada respon..

Saya tak tahu suami faham tak.. saya tag tentang komunikasi suami isteri
di fb, pun dia tak ada respon.. saya jadi tawar hati.

Saya rasa hubungan kami hubungan yang toksik.. sebab hanya saya saja
cuba berkomunikasi tapi suami tak cuba faham saya..

Saya jadi pendam perasaaan sendiri.. saya rasa lemas yang amat..
bertahun2 berlarutan, saya rasa hak saya dinafikan.. lalu saya minta
cerai.. saya tak mahu tertekan lagi..

Saya dah cerita yang saya d3pr3ss pada suami, tapi dia hanya dengar
saja, kadang dia salahkan saya sebab mengaji sikit, banyak lalai, jadi
banyak syaitan ganggu.. dia masih tak faham..

Jadi lama2 saya meletuplah.. bukan sekali berkali2 juga.. sebab saya tak
tahan dah dengan kritikan, asyik condemn kerja yang saya buat.

Dia selalu kata orang lain ok je jadi surirumah takde nak stress macam
saya, nenek zaman dulu anak lagi ramai tapi boleh handle anak2 dan rumah
dan siap layan suami tip top, saya dengar rasa sangat tertekan jiwa..

Mana lagi saya nak luahkan perasaan saya ni? rasa tak berguna nak luah
kepenatan saya sebab dia akan kata dia lagi penat pergi kerja, saya rasa
nak menangis sebab dia tak faham langsung suri rumah ni sangat memenatkan..

Kalau saya mengadu penat, memang hanya buat saya makan hati saja sebab
dia bukan nak dengar.. sedangkan saya hanya nak meluah saja..

Dia tak tunjukkan simpatinya, tiada pelukan nak menenangkan saya,
kadang2 dia tidur atas sofa di luar, saya tidur dengan anak2 sebab masih
menyusu..

Saya cuma mahu dia beri perhatian lebih pada saya, urut kaki ataupun
cukup dengan berterima kasih pada saya sebab menyiapkan semuanya untuk
dia.. tapi itu jarang2 berlaku..

Saya kehilangan kasih sayang.. yang saya harapkan dari seorang suami..
tapi dia hanya mengkritik bukan sampai naik tangan. Tapi masih jugak
perasaan saya terdera.

Kemuncaknya bila dia biarkan saya pendam perasaan seorang diri, saya nak
bincang dia asyik kata dia sibuk, saya bercakap pun dia hanya diam tak
ada response, saya minta cerai lagi.. saya tahu saya berdosa tapi dia
tak faham sakitnya mental saya diperlakukan begitu..

Saya pernah ajak jumpa kaunseling keluarga, tapi dia kata dia sibuk..
masa tu kami gaduh, dan akhirnya keluarga besar kami tahu.. mereka tahu
kami bergaduh, tapi hanya luaran saja tapi mereka tetap tak tahu
puncanya apa.

Saya juga dipersalahkan kerana minta cerai.. ya tuan2, saya tetap
bersalah sebab suami saya innocent sangat, dia baik dan sempurna cuma
orang tak tahu apa yang saya alami..

Kalaulah dia boleh kawal lidahnya dari menyalahkan saya dalam semua
perkara, dan banyakkan memuji dan menghargai saya, tentulah saya tak
akan pergi sejauh ini.

Saya dah pendam bertahun2, mental saya ditorture tanpa dia sendiri
sedari, sampai tahap saya dengar suara2 tu, saya rasa putus asa sangat..

Suami saya baik, dan saya sangat sayangkan dia, cuma saya yakin dia tak
faham dan akan selamanya tak akan faham bahawa surirumah ini sangat
berat sekali kerjanya.

Sekarang saya ambik keputusan untuk bekerja.. ya anak saya dah besar
sedikit dan saya mula bekerja.. alhamdulillah, environmentnya sangat
berbeza.. saya keluar dari rumah dan cari kebahagiaan saya..

Oh ye kami tak bercerai pun.. cuma saya tukar keadaan hidup saya.. saya
banyakkan cari bahagia saya sendiri..

Kalau suami sibuk, saya pergi sendiri ke mall bawa anak2.. saya pergi
makan sendiri, saya bawa anak berjalan di taman sendiri.. saya bawa anak
pergi berkelah di taman tanpa suami..

Saya dah tak peduli lagi apa kata suami.. yang penting mental saya
sihat.. saya rindu nak berjalan2 dengan suami tapi kalau dia sibuk saya
akan pergi sendiri.. saya tahu untuk bahagia kita kena usaha sendiri..
dan tentulah air mata saya kini hanya berlinangan masa solat..

Kalau sedih sangat menangislah meraung2 macam budak kecil masa solat
malam.. saya cari cinta lain dari cinta suami.. saya doa semoga Allah
bagi cintaNya supaya saya tak lagi mengharap cinta suami. Cinta manusia
ni susah sangat nak dijangka.. saya tak mahu berharap lagi.

Kesimpulannya, menjadi suri rumah sangat sukar, bukan setakat kerja2 nya
yang sukar, tapi apabila orang paling dekat dengan kita sendiri pun tak
memahami, ianya menjadi sangat2 sukar.. tiada sokongan, tiada empati,
tiada simpati..

kita berjuang sendiri, tidak difahami dan tidak dikasihani.. itulah
agaknya punca ramai suri rumah stress melampau.

Nasihat saya, para suami yang ada isteri si suri rumah, fahamilah,
kasihanilah, hargailah, cintailah isteri sepenuhnya..

Bagi sokongan, bagi isteri rehat, banyakkan bertanya, jadilah pendengar
yang baik.. bawa isteri berjalan2, dengar luahannya, bagi hadiah dan
surprise, gembirakan hatinya.. jangan mengkritik, jangan compare dengan
orang lain,

Jangan banyak komplen tapi berlapang dadalah.. duduk di rumah nampak
mudah saja, tapi belum tentu semua orang mampu..

Isteri bukan robot, mampu buat segalanya tanpa rehat.. banyakkan
bertolak ansur dan menolong isteri supaya mentalnya sentiasa dalam tahap
yang baik.

Kepada rakan suri rumah, saya tahu ia sangat sukar.. belum termasuk
kewangan yang membebankan, pandangan sinis orang luar, rehat yang tak
pernah cukup.. tapi bertahanlah..

Ada balasan baik menanti insyaAllah.. minta Allah permudahkan jalannya..
semoga sentiasa tenang dan baik2 saja.. kita mahu jadi isteri yang
gembira, dan ibu yang bahagia, kan?

Bahagia perlu dicari, ketenangan perlu dimiliki..

– Aisyah (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confesssions

 

Share.

Leave A Reply