“Tahniah Uncle…” Lelaki Kongsi Cerita Kereta Kena Langgar. Tindakan Uncle Ni Buat Ramai RESPEK | Kemalangan yang berlaku sekarang bukan lah hanya di atas jalan raya sahaja. Kadang kala apabila kita letak kereta di tempat yang selamat, ada juga kenderaan yang lain secara tidak sengaja terlanggar kereta kita.

"Tahniah Uncle..." Lelaki Kongsi Cerita Kereta Kena Langgar. Tindakan Uncle Ni Buat Ramai RESPEK

Baru-baru ini, tular kisah seorang pemuda yang keretanya dilanggar oleh individu yang dia sendiri tidak kenali. Akan tetapi, atas sikap tanggungjawab individu tersebut, dia menulis nombor telefonnya dan selitkan di wiper kereta pemuda tersebut. Tujuan beliau melakukan tindakan tersebut adalah mahu pemilik kereta yang telah dilanggar agar menghubunginya.

Apa yang menarik dengan kisah pemuda ini adalah bagaimana seorang bapa mendidik anaknya supaya bersikap tanggungjawab terhadap kesalahan yang telah dilakukan. Rata-rata ramai memuji kepada pelaku dan juga bapanya kerana bersikap tanggungjawab.

Sumber : Twitter

Share.

Leave A Reply