Mangsa menjelaskan bahawa tidak sampai lima minit dia memarkir keretanya di garaj, ribut datang dan sebatang pokok kuini telah menghempap keretanya, baru-baru ini.

Mohd Aminudin Zaki, 42, yang merupakan penduduk FELDA Jelai 1 itu berkata, selain kereta PROTON Wiranya yang rosak dihempap pokok tumbang, ribut yang melanda kira-kira jam 5.50 petang semalam turut menyebabkan bumbung rumahnya diterbangkan angin kuat.

Jelasnya, dia baru pulang ke rumah selepas beli barang keperluan, terkejut lihat pokok tumbang menghempap garaj dan kereta. Mujur saya tiada di dalam garaj selepas meletakkan kereta.

Katanya, keadaan ketika itu sangat menakutkan, namun dia bersyukur semua ahli keluarga selamat dalam kejadian berkenaan.

Mohd Zin Mansor, 68, berkata dia dan tujuh ahli keluarga termasuk empat cucu berada di dalam rumah apabila terdengar bunyi kuat dari bahagian atas kediaman.

Jelasnya, selepas itu, mereka terkejut apabila sebahagian atap di bahagian beranda rumah tercabut dan diterbangkan angin. Ribut juga disusuli hujan lebat.

Sementara itu, Othman Md Noor, 74, berkata ketika kejadian dia bersama isteri dan anak yang juga orang kurang upaya ( OKU ) berada di dalam rumah.

Katanya, atap rumahnya juga diterbangkan angin. Mereka kemudian berteduh di bahagian dapur berhampiran stor yang tidak terjejas. Kira-kira jam 9 malam tadi, pihak FELDA datang meminta kami berpindah ke kuarters FELDA Jelai 1.

Dalam kejadian itu, kira-kira 30 rumah menempatkan sekitar 130 penduduk FELDA Jelai 1 hingga 4 mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Mohd Farid Abu Bakar berkata kejadian itu menyebabkan bumbung rumah diterbangkan angin selain ada kenderaan dihempap pokok, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply