Tak Semua Perkara Best Pasal Jepun. Kenali Konsep Tarai Maswashi. | Sebut sahaja Jepun pasti ramai yang kagumi dengan negara tersebut. Dari segi kebersihan serta ketepatan waktu cukup popular di mulut-mulut rakyat negara lain yang mereka amat kagumi dengan sifat rakyat Jepun.
Namun begitu, tidak semua indah belaka. Ada juga terselit beberapa kekurangan di sebalik kelebihan yang dimiliki. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah mendedahkan satu konsep iaitu “Tarai Mawashi” yang dikatakan konsep yang kurang baik berada di negara Jepun.
Ikuti perkongsian beliau di bawah.
Tak semua pasal Jepun ni best.
Tak.
Di Jepun ni ada sesuatu yang dipanggil “tarai mawashi”.
THREAD#CatatanZunitaDiJepun
— Zunita Ramli (@zunitaramli) September 18, 2021
2. Senang cakap, dia macam tolak menolak lah. Tak ada siapa yang nak ambil tanggungjawab walaupun benda tu kritikal. Contoh mudah, ambulans yang bawa pesakit kritikal ditolak oleh banyak hospital.
— Zunita Ramli (@zunitaramli) September 18, 2021
4. Pakcik ni dia self-quarantine sendiri dekat rumah, tapi tahap kesihatan dia dah teruk. Jadi doktor panggil ambulans, masalahnya ambulans tu tak dapat cari hospital yang sanggup terima pakcik tu. Beberapa hospital dicuba, semua menolak. Akhirnya pakcik tu dibawa balik ke rumah.
— Zunita Ramli (@zunitaramli) September 18, 2021
6. Hospital bertukar fikiran, mereka tak nak terima pakcik ni. Sebab? Keadaan pakcik ni terlalu lemah untuk diselamatkan. Pakcik ni sebenarnya perlukan ICU tetapi semua ICU dah penuh.
Akhirnya, pakcik ni give up dan dibawa semula ke rumah.
— Zunita Ramli (@zunitaramli) September 18, 2021
8. Ada laporan mengatakan lebih 14,000 pesakit kecemasan ditolak sekurang-kurangnya 3 kali oleh hospital di Jepun sebelum dapat rawatan.
Ada banyak faktor sebenarnya kenapa tarai mawashi ni boleh wujud dekat Jepun cuma cukuplah untuk saya katakan,
— Zunita Ramli (@zunitaramli) September 18, 2021
p/s: Special thanks to Kak Sufi Norhany (Malaysian doctor in Japan) for sharing some thoughts & info regarding this.
— Zunita Ramli (@zunitaramli) September 18, 2021
Sumber : Zunita Ramli