Tali Payung Terjun Terputus, Anggota Tentera Patah Tulang | Seorang anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) dari pasukan Komando Pasukan Tindakan Pantas (Kopasgat) dilapor patah pinggang selepas payung terjunnya gagal mengembang ketika sedang melakukan latihan terjun bebas.
Menurut Merdeka.com, anggota TNI yang dikenali sebagai Prada Salman Sinaga itu patah tulang pinggul dan kini sedang menjalani rawatan intensif di hospital.
Sewaktu kejadian tersebut, anggota TNI yang lain sedang melakukan latihan taktik untuk turun dari pesawat di Pangkalan Udara Sulaiman pada Selasa lalu.
Ketua Penerangan Kopasgat Kolonel Gunawan kepada Detik.com menyatakan bahawa memang benar, ada kejadian salah sorang daripada pelajar yang menyertai aktiviti latihan Kopasgat telah alami keadaan cemas.
Prada telah jatuh di ketinggian 1,600 kaki atau hampir 500 meter dari ketinggian paras laut.
Jelas Gunawan lagi, proses latihan tersebut telah melalui peringkat teknikal dan mengikut peraturan. Prosesnya adalah menyemak kesesuaian payung terjun, prosedur melipat payung terjun hingga la menggunakannya di udara.
Beliau juga berkata, ini bermakna tiada unsur yang disengajakan, kerana semuanya telah melalui juruteknik berkenaan penggunaan payung.
Gunawan tambah lagi, semuanya sudah melalui peringkat pengajian, lipat payung dan sebagainya sudah tentu melalui seliaan jurutlatih yang pakar berhubung kebolehlaksanaan payung tersebut.
Kejadian itu berlaku kerana salah satu tali pada payung terjun tersebut telah putus. Ini telah menghalang payung terjun berkenaan daripada mengembang sepenuhnya.
Gunawa jelas bahawa ada tali yang terputus semasa lompat, jadi payung tak boleh kembang dengan sempurna.
Menurut Gunawan lagi, semua peralatan payung terjun yang digunakan pelajar pendidikan Kopasgat telah disemak terlebih dahulu. Tetapi ada beberapa faktor tertentu yang menyebabkan kejadian tersebut berlaku.
Gunawan mendedahkan keadaan mangsa kini masih dirawat di Hospital Tentera Udara Dr M Salamun di Cipadap, Bandung.
“Beliau kata, keadaan pelajar itu segera dikendalikan oleh pasukan kesihatan. Kemudian mangsa telah dirujuk ke hospital terdekat di Pangkalan Udara Sulaiman.
Sumber: Siakap Keli
Artikel Lain
Seorang Renjer Tentera Maut Dan 7 Anggota Polis Cedera.Ini Puncanya.
Seorang Renjer Tentera Maut Dan 7 Anggota Polis Cedera. Ini Puncanya. | BANGKOK – Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi, wilayah Narathiwat kelmarin, kata polis seperti laporan akhbar Bangkok Post semalam.
Letupan pertama berlaku sekitar pukul 6.30 pagi (waktu tempatan) kira-kira 500 meter dari Kampung Khok Kai. Seorang wanita tempatan yang merupakan penoreh getah, Pathum Nakthong cedera parah dalam kejadian itu.
Pasukan polis, renjer dan unit pemusnah bom (EOD) dikerah ke kebun getah tersebut. Sekitar pukul 7.40 pagi (waktu tempatan) ketika mereka membersihkan kawasan terbabit, sebutir bom lain pula meletup pada jarak 200 meter dari bom pertama.
Sarjan Mejar Somchai Daeng-ngoen daripada Kompeni Renjer 4818 terbunuh dalam letupan kedua itu. Bahan letupan kedua mungkin dipasang untuk membunuh mereka yang bertindak balas terhadap bom pertama.
Tujuh anggota polis turut cedera termasuk Leftenan Kolonel Polis, Wasan Panphot dan penduduk awam.
“Perdana Menteri, Prayut Chan-o-Cha amat sedih dengan kehilangan nyawa anggota renjer dan kecederaan yang dialami anggota polis serta penduduk awam,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan, Jeneral Kongcheep Tantrawanich dalam satu kenyataan di Bangkok.
Prayut katanya, telah mengarahkan pegawai-pegawai daripada Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Rantau 4 Hadapan untuk melawat lokasi kejadian dan mengembalikan ketenteraman secepat yang mungkin.
Menurut beliau, semua yang cedera dibawa ke hospital berdekatan, manakala waris anggota renjer yang meninggal dunia akan menerima bantuan kerajaan. – Agensi
Sumber : Kosmo