(Video) Fenomena Tangga Seakan ‘Berjalan’ Sendiri, Ini Puncanya Yang Ramai Tak Tahu | Sudah menjadi kebiasaan masyarakat dunia setiap kali melihat perkara aneh yang berlaku semestinya akan dikaitkan dengan makhluk mistik. Tanpa membuat sebarang pencarian maklumat yang sahih berkaitan apa yang terjadi sama ada berkaitan dengan makhluk mistik mahupun fenomena sains. Spekulasi terus dibuat dan disebarkan kepada umum.

(Video) Fenomena Tangga Seakan 'Berjalan' Sendiri, Ini Puncanya Yang Ramai Tak Tahu

Baru-baru ini, seorang pengguna twitter telah memuat naik video di akaun beliau, dimana dalam video tersebut ramai menunjukkan rasa takut kerana menganggap itu merupakan perbuatan makhluk mistik. Namun ada juga yang terhibur dengan pergerakan tangga itu dan menyamakannya dengan orang lelaki yang baru lepas bersunat.

Sebenarnya fenomena tangga bergerak secara sendiri ini bukanlah disebabkan oleh perbuatan makhluk halus seperti yang diperkatakan. Namun sebenarnya terdapat satu teori yang menerangkan berkaitan fenomena ini yang digelar ‘Passive Dynamic Walk‘.

Fenomena ini terjadi apabila sekiranya seseorang telah mendorong tangga itu dan meletakkannya di permukaan yang tidak rata serta bercerun, kemudian sekiranya ada individu yang menolak atau menggerakkan tangga itu maka tangga itu akan mula bergoyang disebabkan oleh tindakan individu itu.

Kekuatan graviti di kawasan yang bercerun itu hanya sekadar memadai, maka tangga itu akan mula bergoyang dan terus bergerak dengan sendirinya. Sekiranya pergerakan dan goyangan pada tangga itu semakin besar, maka tangga itu akan mula jatuh disebabkan oleh ketidak seimbangan graviti padanya.

Struktur tangga itu sendiri dan spring yang ada padanya membuatkan tangga itu berasa dalam keadaan yang seimbang dan kekuatan graviti yang menarik ke bawah membuatkan tangga itu kekal utuh tidak bergerak sekiranya berada di permukaan rata yang tidak bercerun.

Sumber: Twitter, STOMP

Share.

Leave A Reply