Lelaki Tolak Pampasan RM 3.3 Juta Untuk Derma Hati, Sebaliknya Derma Buah Pinggang Buat Anak Yatim| Apabila berbicara mengenai penderma organ mesti rata-rata tidak akan sanggup melakukannya kecuali bila melibatkan ahli keluarga. Namun, berbeza buat lelaki ini apabila ia sanggup menolak mendermakan hatinya meskipun diberikan pampasan sebanyak RM 3.3 Juta bahkan dia lebih memilih seorang anak yatim untuk didermakan buah pinggangnya.

Lelaki Tolak Pampasan RM 3.3 Juta Untuk Derma Hati, Sebaliknya Derma Buah Pinggang Buat Anak Yatim

Seorang lelaki di Arab Saudi sanggup untuk menolak pampasan sebanyak RM 3.juta Saudi Riyal (RM 3.3 juta) untuk mendermakan hati kepada seorang ahli perniagaan di sana. Dia mengatakan bahawa dia melakukannya dengan ikhlas dan juga utk mendapatkan pahala serta redha dari Allah S.W.T.

Bahkan , lelaki ini sebaliknya mendermakan buah pinggangnya kepada seorang gadis yatim piatu demi untuk menyelamatkan nyawanya tanpa meminta apa-apa balasan.

Semasa satu wawancara di televisyen, Ali Al Daba’an mengatakan bahawa dia adalah CEO sebuah organisasi amal di Hail dan gadis itu adalah antara yang ditaja organisasi tersebut.

“Kami biasanya membawa Aisyah (anak yatim) ke pusat dialisis. Setelah meneliti segala maklumat dan keadaan kesihatannya, saya memutuskan untuk mendermakan buah pinggang saya kepadanya,” katanya.

Tambahnya lagi, dia telah dihubungi oleh seseorang bagi pihak seorang ahli perniagaan yang mencari penderma hati.

“Saya tidak mempunyai masalah dan bersetuju melakukannya jika doktor mengatakan saya baik-baik saja, terutamanya kerana saya merancang untuk menderma buah pinggang saya kepada Aishah,”katanya.

“Ahli perniagaan itu telah memperuntukkan 3 juta Saudi Riyal untuk penderma itu dan saya menolak untuk mengambil wang itu kerana saya tidak mahu apa-apa kecuali pahala daripada Allah SWT,” katanya.

Kemudian, doktor memberitahu bahawa ia hanya boleh menderma satu organ sahaja dan tanpa ragu-ragu, dia memilih untuk mendermakan buah pinganggnya kepada Aishah.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply