Kisah Taubat Si Mak Nyah | Khalifah Media Networks – Dewasa kini, umat Islam khususnya di negara kita sering menghadapi masalah-masalah berbentuk ‘kontemporer’ yang disebabkan oleh beberapa faktor. Sehingga menyebabkan wujudnya kelompok ‘LGBT’. Mereka sering menjadi topik hangat untuk diperdebatkan dalam kehidupan masyarakat setempat. Transgender seringkali mendapat perhatian masyarakat kerana prilaku dan penampilan mereka yang seakan tidak sesuai dengan ‘gender’ asal mereka. Sebagai contoh, seorang lelaki yang mengubah penampilan dan perwatakan mereka supaya menjadi lebih lembut dan feminin. Seakan-akan seperti seorang wanita serta sebaliknya.
Menerusi video ini, saudara Shafiq Sufian telah berkongsi tentang perjalanan hidup seorang ‘Mak Nyah’ dikenali sebagai Farid (bukan nama sebenar). Shafiq ingin berubah dan kembali ke fitrah asal sebagai seorang lelaki. Pertemuan antara saudara Shafiq dan Farid bermula di sebuah sekolah pondok. Dimana menjadi tempat untuk Farid menjalani proses berhijrah ke arah yang lebih baik.
Faktor-faktor yang turut dikongsi oleh Farid sehingga menyebabkan dirinya terjebak menjadi seorang ‘mak nyah’ antaranya Farid mempunyai masalah keluarga yang melibatkan hubungannya bersama ayahnya yang agak renggang dan tidak berapa baik. Selain itu, ketika di zaman persekolahan, Farid sering berkawan dengan kawan perempuan sehingga mempengaruhinya untuk menjadi lebih lembut serta dirinya juga terjerumus untuk mengambil ubat hormon ketika masih di bangku sekolah.
Namun, setelah menginjak ke usia yang lebih matang, Farid mula tergerak hati untuk berubah dan jika anda ingin mengikuti kisah perjalanan Farid untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Dengan ini bermula kisah taubat Farid yang ditampilkan di KMN Box di Youtube. Anda boleh klik video di bawah untuk mengetahui kisah selanjutnya.