Tema Logo Hari Kebangsaan Merdeka Tahun 2023 Malaysia | Menjelang tarikh 31 Ogos 2023, ramai yang mula mencari apakah tema Hari Kebangsaan ke 66 atau Hari Merdeka Malaysia pada tahun 2023 ini. Seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Komunikasi dan Digital pada tarikh 27 Mei 2023 lalu, setelah dipersetujui oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim, temanya adalah Malaysia Madani – Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. Apakah makna setiap baris perkataan dalam Tema Hari Kebangsaan 2023 ini?

Makna Malaysia Madani
Ramai tertanya apa makna Madani. Ada kaitan ke dengan Madinah? Tiada kaitan. Ini disebabkan berdasarkan laman web Malaysia Madani, konsep Madani ini adalah merupakan sintesis gaya Malaysia, yang menggabung jalin amalan sedia ada dengan kaedah baru yang direka untuk menangani isu-isu baru dan ketidakpastian. Ada enam nilai teras MADANI sebagai kerangka dasar.
6 Kerangka Malaysia Madani adalah Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
Makna Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan
Makna tema Hari Merdeka Malaysia 2023 ini boleh dirasai dan dilihat pada lirik Lagu Hari Merdeka Kebangsaan Malaysia 66 2023
Tajuknya adalah Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan. Ini pula liriknya.
Takkan pernah ku jauh. Sentiasa ku teguh. Pertahankan tanah airku. Panas hujan ku tempuh. Penuhi harapanku. Negaraku gagah bersatu. Tekad Perpaduan Penuhi harapan. Cintai Malaysia. Demi Malaysia. laungkan bersama. Cintai Malaysia. Walau berbeza warna. Kita semua sama. Bersatu kita takkan goyah. Negaraku Madani. Perpaduan di hati. Selamanya ku Malaysia. Tekad Perpaduan Penuhi harapan. Cintai Malaysia. Demi Malaysia. laungkan bersama. Cintai Malaysia. Laungkan bersama. Demi Malaysia. Penuhi tekad harapan kita. Ini negara kita. Cintai Malaysia. Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Cintai Malaysia. Demi Malaysia laungkan bersama. Cintai Malaysia. Tekad Perpaduan Penuhi Harapan. Cintai Malaysia. Demi Malaysia laungkan bersama. Cintai Malaysia. Cintai Malaysia selamanya
Logo Hari Kebangsaan Merdeka Malaysia 66 2023
Berbeza dengan logo Hari Merdeka tahun 2022 yang lalu, pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’. Ia juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

Apa Kaitan Dengan Pesta Bola Merdeka?
Jangan keliru pula dengan Pesta Bola Merdeka. Pestabola Merdeka adalah sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan biasanya bertujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Pesta Bola Merdeka biasanya dimainkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tahun ini ianya akan dibuat pada 14-17 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil