Setelah dua tahun tidak diadakan dalam skala besar, sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang diadakan secara besar-besaran di Dataran Merdeka esok (Rabu) akan memberi pelbagai manfaat kepada rakyat.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2022 Mampu Beri Manfaat Kepada Rakyat. 'Ini' Sebabnya..

Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, ia termasuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat serta pendapatan tambahan kepada peniaga kecil dan sederhana.

Jelasnya, kenapa kita perlu adakan sambutan Hari Kebangsaan berskala besar walau ada yang kata ini pembaziran, sebenarnya tidak (pembaziran)… memanglah kita pakai peruntukan kerajaan untuk menjayakan program ini tetapi dari segi kebaikannya pada kitaran ekonomi banyak memberi manfaat kepada ramai pihak.

Katanya, ontohnya, di Dataran Merdeka kita perlu bina pentas, kita kena lantik kontraktor yang boleh bina pentas. Begitu juga dengan penyedia makanan, t-shirt (kemeja T) perlu digunakan pada acara ini termasuk bendera juga, kita perlu tempah pada peniaga yang boleh mengeluarkannya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM1 hari ini.

Sebelum ini, dua tahun berturut-turut, sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya disambut dalam persekitaran norma baharu ekoran pandemik Covid-19.

Mohammad berkata, dengan adanya acara secara besar-besaran, ia pasti membuka peluang untuk peniaga kecil dan sederhana menambahkan lagi pendapatan mereka.

Tambahnya, (Sambutan) ini sebenarnya membuka peluang menjana ekonomi secara lebih meluas melibatkan pelbagai lapisan peniaga kecil dan sederhana… ini juga sebenarnya yang kita hendak terapkan selain mengikut aspirasi Keluarga Malaysia itu sendiri berdasarkan tiga teras utama iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

Ujarnya, keterangkuman iaitu melibatkan persembahan daripada pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama dalam sambutan Hari Kebangsaan dan menunjukkan kesyukuran.

Sementara itu, Mohammad menjangkakan kehadiran rakyat membanjiri Dataran Merdeka esok bagi menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan mungkin melebihi sasaran 50,000 orang.

Beliau menjemput semua Keluarga Malaysia khususnya yang tinggal berhampiran kawasan Lembah Klang dan kawasan sekitar untuk datang beramai-ramai ke Dataran Merdeka pada 7 pagi.

Katanya lagi, acara akan bermula 8 pagi dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta kuda diraja.

Hari Kebangsaan 2022 bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply