Pada 23 Ogos yang lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. Kini, hampir seminggu Najib Razak berada di dalam penjara.
Terbaru, anak Najib Razak iaitu Nooryana Najwa memuatnaik gambar Kiky (kucing peliharaan) bapanya di laman Facebook rasmi Najib Razak.
Menerusi kandungan tersebut, Nooryana berkongsi mengenai satu ruangan yang selalu dilalui oleh bapanya untuk ke bilik solat. Laluan itu juga kucing peliharaan yang diberi gelaran sebagai Kiky selalu menunggu bapanya di situ. Sedikit sebanyak terasa kosong dan hiba apabila bapanya kini tidak lagi berada di rumah dan sedang menjalankan hukuman.
Rata-rata warganet turut meninggalkan komen di hantaran tersebut..
Insya Allah di Kajang ada surau & ustaz. Semoga Papa terus mendalami Islam dengan tenang tanpa gangguan dunia luar yang penuh tipu daya ni ya.
Moga kiki ambil pengajaran apa yang terjadi, dah gi solat kiki..
Makluk Allah seperti kucing ini tahu menilai erti kasih sayang. Tahu erti kerinduan pada tuan yang membelainya. Hanya tak mampu bersuara meluahkan kerinduan.
Apa yang berlaku ada hikmahnya. Jika DSN tak bersalah atau difitnah teruslah memohon pertolongan Allah. Kerana sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang dizalimi.
Tapi kalau betul bersalah, Ingatlah sebaik baik orang yang bersalah dia akan sentiasa memohon keampunan Allah. Jangan putus asa dengan rahmat Allah dan jangan sesekali bersangka buruk pada-Nya.
Manusia tak terlepas buat silap dan dosa. Terima kasih DSN sebab pernah jadi PM yang prihatin pada kami. Banyak KEBAJIKAN RAKYAT yang kami NIKMATI. Terima kasih bantu kami. Kami akan ingat jasa itu sampai bila bila DSN. In syaa Allah. Tabaarakallaah. Moga Allah permudahkan segala urusan DSN dan diberi kekuatan menjalani kehidupan ini. Baarakallahhu fiikum.
Sumber : Najib Razak