Teman Lelaki Dipenjara Empat Tahun Potong Rahim | Lelaki dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh mahkamah di sini, semalam, atas pertuduhan bersubahat dalam pembunuhan seorang remaja perempuan hamil apabila perut mangsa dipotong dan bayinya dikeluarkan, pada April 2019.
Piotr Bobak, 44, yang juga kekasih suspek, Clarisa Figueroa pada masa kejadian, akan dibebaskan daripada hukuman itu dalam tempoh empat bulan, dan akan menjalani tempoh percubaan selama enam bulan.
Mengikut fakta kes, mangsa, Marlen Ochoa-Lopez, 19, hamil sembilan bulan pergi ke rumah suspek yang dikenalinya menerusi Facebook selepas diperdaya dengan barangan bayi percuma.
Anak perempuan suspek, Desiree Figueroa mengalih perhatian mangsa dengan menunjukkan album gambar sebelum ibunya mencekik mangsa.
Selepas itu, perut mangsa dipotong dengan pisau daging dan bayi lelakinya dikeluarkan dari rahim.
Beberapa jam kemudian, suspek dikatakan berlari keluar dari rumah dengan mendakwa baru melahirkan bayi lelaki dan sudah tidak bernyawa.
Bayi itu mengalami kecederaan otak dan menerima rawatan di hospital, namun disahkan meninggal dunia beberapa bulan kemudian, manakala mayat mangsa ditemui di dalam tong sampah.
Dalam perbicaraan kes itu, Bobak mendakwa diperdaya apabila dia tidak mengetahui rancangan kekasih dan anak perempuan kekasihnya tetapi pendakwaan mendapati lelaki itu terbabit membersihkan lokasi kejadian.
Terdahulu, dua beranak terbabit mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh, menculik, memotong mayat dan menyembunyikan pembunuhan.
Kes mereka masih belum selesai.
Sumber: Harian Metro
Artikel Lain
Lelaki Sakit Mental Bvnuh Ibu Dengan Kejam
Lelaki Sakit Mental Bvnuh Ibu Dengan Kejam | Seorang lelaki di Bangkok yang mempunyai masalah mental didakwa membunuh ibunya secara kejam dalam tragedi di Lat Krabang, Thailand baru-baru ini, lapor The Thaiger.
Suspek yang berusia 37 tahun itu kemudiannya ditahan polis pada Ahad.
Difahamkan, polis bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan mengenai insiden yang berlaku di bangunan pangsapuri empat tingkat yang juga merupakan rumah mangsa.
Pegawai polis menemui mayat ibu suspek dalam keadaan berlumuran darah di dalam bilik di tingkat tiga yang ketika itu, lantai juga ‘bertukar’ merah disebabkan kesan percikan darah mangsa.
Mangsa yang berusia 61 tahun itu diselubungi selimut dari kepala hingga ke pinggang dan apabila polis menanggalkan kain tersebut, boleh dilihat dia juga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Pegawai polis juga menemukan beberapa injap silinder gas besi yang diselaputi darah di atasnya, diletakkan berhampiran mayat mangsa.
Selepas melakukan penangkapan ke atas suspek di tempat kejadian, suspek hanya berdiam diri dan menggelengkan kepalanya.
Menurut polis, dia turut menutup kedua matanya semasa pegawai terbabit melakukan siasatan ke atasnya.
Pegawai itu membawanya ke Balai Polis Lat Krabang untuk siasatan lanjut dan tindakan undang-undang terhadap dirinya.
Semasa awal kejadian, jiran-jiran memaklumkan kepada polis mereka terdengar bunyi seperti orang dipukul pada malam Jumaat lalu, namun tiada pertengkaran dilaporkan.
Daripada pihak cucu perempuan mangsa pula, dia menyatakan suspek mempunyai sakit mental dan pernah dimasukkan ke hospital mental dua tahun lalu tetapi telah dibenarkan keluar.
Katanya, keadaan suspek menjadi lebih parah apabila dia enggan mengambil ubat-ubatannya yang diberi oleh doktor.
Mangsa turut meminta cucunya sentiasa berhati-hati kerana anaknya itu bersifat ganas dan mereka tidak tinggal bersama orang lain.
Mayat mangsa telah dipindahkan ke Institut Perubatan Forensik di Hospital Polis, manakala suspek sedang ditahan menunggu pemeriksaan perubatan untuk memeriksa kesihatan mentalnya.
Dari semasa ke semasa, kisah pembunuhan kejam dalam keluarga menjadi tajuk utama untuk berita Thailand akhir-akhir ini.
Pada November, seorang lelaki di Phuket didakwa membunuh bapanya dalam kejadian ganas hanya kerana wang untuk membeli rokok.
Lelaki berusia 26 tahun itu mengelar leher bapanya yang berusia 51 tahun dalam kejadian di daerah Thalang.
Suspek berkata dia mempertahankan dirinya sejak bapanya bertindak untuk menyerangnya dengan ganas.
Sumber: Siakap Keli