Temui Kesan Tembakan Di Kepala, Koperal Tembak Anak Sebelum Bunuh Diri Sendiri | Seorang anggota polis dipercayai menembak anaknya yang berusia tujuh tahun sebelum menembak dirinya sendiri.

Temui Kesan Tembakan Di Kepala, Koperal Tembak Anak Sebelum Bunuh Diri Sendiri

Kejadian tersebut berlaku di Taman Sentosa Jaya, Seremban kira-kira jam 6.42 petang pada Khamis lalu.

Mayat kedua-duanya di temui di dalam sebuah kereta jenis Proton Wira dengan kesan tembakan di kepala.

Ketua Polis Daerah Seremban melaporkan hasil siasatan awal mendapati si mati menggunakan senjata api jenis pistol untuk menembak anaknya dan kemudian menembak diri sendiri.

Punca kejadian dikatakan masih dalam siasatan. Kemungkinan juga ia dipercayai berkaitan dengan masalah keluarga.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan laporan mati mengejut.

Sumber : Sinar Harian

 

Share.

Leave A Reply