Kuala Sedili, 08 Mac 2023 – Sebuah kenderaan jenis Mazda CX5 yang dinaiki oleh (2) lelaki dan (1) wanita warganegara Malaysia telah ditenggelami air dan hampir dihanyutkan ke dalam laut semasa mereka sedang bersiar dan menyusuri pantai di kawasan Pantai Temalah, Sedili Besar, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.
Kejadian ini berpunca dari air laut yang ketika itu sedang pasang dan mangsa terlibat tidak menyedari kejadian air pasang ini dan mangsa juga terlalu asyik serta kurang berpengalaman tentang keadaan laut.
Bertindak di atas maklumat yang diperolehi, Ketua Polis Kuala Sedili – SM Saidon Hadzri Bin Hj Abu Hassan bersama (2) anggota yang terdiri daripada L/Kpl. Mohamad Khairy dan L/Kpl. Fazrie Imran dengan dibantu oleh (2) orang penduduk Tg Sedili iaitu Encik Iswandi bersama anaknya dengan segera telah pergi ke lokasi kejadian.
Tindakan dan usaha telah dijalankan bagi menggelak kenderaan tersebut dari terus ditenggelami air dan dihanyutkan ke dalam laut.
Kenderaan yang terlibat telah berjaya ditarik keluar dengan menggunakan Kenderaan 4×4, milik Encik Iswandi ke atas darat di kawasan pantai tersebut.
Semua mangsa yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan dan dalam keadaan selamat.
Laporan polis mengenai kejadian ini telah dibuat oleh pemilik kenderaan berkenaan di Balai Polis Kuala Sedili.
KPB Kuala Sedili menasihatkan kepada orang ramai yang datang berkunjung untuk beridah secara persendirian, berkeluarga atau berkumpulan di kawasan pantai yang terdapat di kawasan Tanjung Sedili ini, agar sentiasa mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menjaga keselamatan semasa berada di kawasan pantai.
Pengunjung juga dinasihat untuk sentiasa berwaspada bagi menggelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku hingga menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Sumber: FB Polis Balai Kuala Sedili
Baca Juga: Wanita Pandu Kereta Myvi Hilang Dihanyut Arus Banjir
MERSING – Seorang wanita disyaki hilang selepas kereta dipandu dihanyutkan arus banjir di Kilometer 28 Jalan Nitar- Kahang, di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba Penyelamat Endau, Mohd Alias Hussin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 6.49 pagi menyatakan terdapat mangsa yang terperangkap di dalam sebuah kereta Perodua Myvi.
“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati tiada tanda-tanda mangsa berada di lokasi. PKO bertindak membuat pencarian di sekitar kawasan Felda Nitar 1 dan Felda Nitar 2.
“Pada pukul 1.50 petang usaha pencarian diteruskan di lokasi Felda Nitar 2 dimana mangsa dipercayai telah terbabas ke tebing jalan. Paras air di atas jalan raya kira-kira empat kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani dalam kenyataan memaklumkan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Mersing mengesahkan kejadian melibatkan wanita warga tempatan berusia 23 tahun.
“Mangsa dikatakan memandu sebuah kereta perodua Myvi dalam perjalanan dari Mersing ke Kluang. Wanita itu dipercayai telah memandu kenderaannya di jalan raya yang telah dinaiki air banjir dan dihanyutkan arus bersama-sama kenderaan yang dipandunya.
“Susulan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diatur gerak sejak pukul 11 pagi sebaik maklumat diterima dari MERS 999 dan operasi ini melibatkan 27 orang pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Endau dan Mersing,” katanya.
Katanya, sebanyak tiga buah bot kecil digunakan dalam SAR yang turut melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air, (PPDA) JBPM Skudai, Johor.
Sumber: KMN