Tengah Stalk Banglo RM3Juta Instafamous. Tiba-Tiba Suami Aku Muncul Buat Surprise.

| September 7, 2020 | 0 Comments

Tengah Stalk Banglo RM3Juta Instafamous. Tiba-Tiba Suami Aku Muncul Buat Surprise. | Hai assalamualaikum semua. Sedikit pengenalan pasal aku. Aku bekerja sebagai seorang guru berusia hujung 20-an, sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang anak.

Rumah Banglo

Malam ni aku rasa macam nak menulis. Suami dan anak-anak aku tengah tidur ni. So, saja berkongsi rasa dan cerita dengan korang.

Semalam, aku saja scroll Instagram sambil pantau anak-anak bermain. Sambil syok scroll tu, aku terbukak gambar seorang Instafamous ni.

Rupa-rupanya, dia baru beli sebuah banglo berharga RM3 juta. Alhamdulillah, rezeki! Tapi… hati aku tiba-tiba terasa lain. Aku cemburu rupanya.

Aku scroll gambar banglo dia, lepas tu aku scroll pulak gambar-gambar dia yang lain. MasyaAllah, sempurnanya rasa hidup Instafamous ni.

Muka lawa, kaya, berharta mewah. Anak-anak pulak comel belaka.. suami kacak dan romantik..

Eh, sedar-sedar dah lebih 1 jam aku stalk profile dia rupanya. Dahi aku berkerut, muka aku panas, hati aku penuh dengan perasaan cemburu, kecewa dan pedih….

Aku mula membandingkan kehidupan aku dengan Instafamous tu. Yela, kami sebaya.. tapi hidup kami bagai langit dan bumi.

Untuk info, suami aku kerja sendiri je sekarang, takde pendapatan tetap. Ada job, adalah duit sikit.

Alhamdulillah, kami baru je menetap di rumah sendiri dan ada sebuah kereta nasional untuk bergerak ke sana sini.

Dengan gaji aku hanya sebagai guru sekolah kerajaan + suami bekerja sendiri, kami tak mampu untuk tambah komitmen lain. Well, aku tiba-tiba down hanya kerana gambar banglo 3 juta tu..

Aku tenggelam dengan perasaan aku.. aku tak hiraukan anak-anak yang tengah bermain.. aku mula bermonolog pasal life aku yang sangat sederhana ni.. kenapa, mengapa, sampai bila……

Tiba-tiba, suami aku datang bawak sepinggan burnt cheese cake. Rupa-rupanya, selama aku dok scroll dan stalk IG tu, suami aku tengah masak kek weh!

Sebelum tu, aku ada bagitau dia yang aku teringin nak makan kek. Masa tu pukul 9.40 malam dah. Dia kata nak kek apa? Secret Recipe ke?

Aku geleng. Aku cakap aku teringin burnt cheese cake. Dia senyum pastu sambung menghadap laptop dalam bilik. Aku pulak pergi depan layan anak-anak main.

Rupa-rupanya, dia keluar beli bahan dan balik tu, dia masak kek guna air fryer. Dah siap, dia suapkan kat aku dan anak-anak kek tu.

Bergenang air mata aku weh. Aku makan kek tu sungguh-sungguh. Tak pernah aku makan kek sesedap ni…

Aku rasa macam bodoh + bersyukur sangat.

Di saat aku mengira-ngira rezeki orang lain, kat depan aku ni ada seorang suami yang sentiasa buat aku rasa cukup.

Dia mungkin belum mampu bagi aku rumah banglo 3 juta, kereta mewah atau barang kemas macam suami lain.. tapi dia berusaha untuk cukupkan keperluan keluarga kami dari segi lain.

Malam ini, sambil mengenang cerita semalam tu.. aku reflect diri sendiri. Apa sebenarnya erti hidup yang sempurna eh?

Entahlah. Yang aku tau, suami aku cukup risau kalau aku lapar. Sentiasa tanya nak makan apa.

Bila kaki aku lenguh sebab berdiri atau berjalan lama kat sekolah, dia akan urut sampai terlentok-lentok sebab mengantuk. Tak lupa isikan minyak kereta setiap minggu sebab isteri dia reti pakai je.

Haha. Dia tolong mandikan dan cuci berak anak-anak. Dia jugak yang akan tolong key-in markah peperiksaan anak murid aku sebab dia terror bab-bab teknologi ni.

Rumah setingkat kami yang comel ini terasa bahagia dan ceria bila suami aku ada, sebab dia suka mengusik anak-anak. Riuh la diorang bila kena geletek atau kena kejar dengan abahnya.

Berbeza dengan aku yang agak tegas. Tanpa aku sedar, banyak sangat yang suami aku manjakan aku selama 5 tahun kami berkahwin ni.

Aku sedar aku tak patut bandingkan hidup kami yang sederhana ni dengan sesiapa pun.

Dalam IG tu, semua orang nak tunjukkan hidup yang sempurna. Yang buruk-buruk, diorang simpan taknak orang tau. Hakikatnya, mesti ada kekurangan jugak kan? Life is not a fairytale.

Dan hari ini sebenarnya hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-5. Alhamdulillah. Tadi keluar makan simple² je.

Aku dengan rendah hati mohon pembaca semua doakan kami terus bahagia dan saling mencintai sehingga ke syurga. Aamiin.

Oh ya, lepas makan kek tu semalam, aku cium tangan suami. Aku mintak maaf sebab dok bandingkan life kami dengan life Instafamous tu.

Dia macam biasalah, senyum je. Dia kata dia dah cukup bahagia ada aku dan anak-anak. Dia dah bersyukur kami ada tempat tinggal dan kereta yang selesa.

Pastu dia pulak mintak maaf sebab buatkan aku rasa kekurangan sejak dia bekerja sendiri. Dia berjanji yang dia akan berusaha majukan bisnes dia dengan lebih gigih. Aku sebak, dia pun sebak.

Tonight, I realized that my husband is not perfect, but he is the right one that Allah has for me.

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?” (Ar-Rahman : 13)

Sumber : IIUM Confessions

Tags: , , , , , , , ,

Category: KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *