Covid-19: Kes Baharu Terus Melonjak, 100 Kes Direkodkan Hari Ini

| September 8, 2020 | 0 Comments

Covid-19: Kes Baharu Terus Melonjak, 100 Kes Direkodkan Hari Ini | Jangkitan kes baharu Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melonjak lagi dengan merekodkan 100 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 9,885 jangkitan wabak itu dalam negara, setakat 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes tempatan, manakala baki 15 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Beliau berkata, 85 kes penularan di dalam negara membabitkan 55 warga Malaysia dan 30 bukan warganegara.

“Sebahagian besar kes dilaporkan membabitkan Kluster Benteng di Sabah dengan 62 kes, iaitu 32 jangkitan membabitkan warga Malaysia, manakala 30 lagi bukan warganegara.

“Selain itu, 22 kes lagi membabitkan warga Malaysia dari Kluster Sungai di Kedah dan satu lagi kes dari kluster sama di Perlis,” katanya dalam sidang media harian Covid-19 di sini, hari ini.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *