Terkini Zionis Bunuh 3 Penduduk Palestin. Hanya Kerana INI Je ? Allahu. | Sedang kita enak menikmati keamanan negara, 3 penduduk Palestin dibunuh oleh Zionis di bulan puasa ni hanya kerana mereka….. Allahu ikuti selanjutnya.
3 PENDUDUK DIBUNUH ZIONIS
Seramai tiga penduduk Palestin di selatan Semenanjung Gaza hari ini terbunuh selepas sebuah kereta kebal tentera Israel merempuh tiga pos pemerhati kumpulan Jihad Islam, kata pihak berkuasa.
Insiden itu berlaku di timur bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza, kata jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin di wilayah yang dikuasai Hamas terbabit.
Katanya, mangsa terbunuh termasuk Hussien al-Amour, 25, Abdul Haleem al-Naqa, 28, dan Marwan al-Amour, 25.
Kenyataan kumpulan Jihad Islam, Briged Al-Quds mendakwa dua daripada mangsa adalah ahlinya, manakala status Marwan al-Amour yang maut akibat kecederaan masih tidak dapat dipastikan.
Jihad Islam adalah kumpulan bersenjata kedua terkuat di Semenanjung Gaza selepas Hamas yang mentadbir wilayah Palestin yang terkepung itu.
PUNCA PEMBUNUHAN
Tentera Israel dalam satu kenyataan mendakwa, serangan itu dilakukan apabila mereka meletupkan bahan letupan yang diletakkan berhampiran pagar sempadan bertujuan menyasarkan tenteranya. Namun ianya hanyalah alasan sahaja kerana penduduk lain berkata, mereka yang terbunuh hanya mahu nyalakan api untuk bakar sampah. – AFP (Sumber: Berita Harian)
DI SYRIA PULA, 26 TENTERA SYRIA, 9 TENTERA RUSIA TERBUNUH DISERANG PENGGANAS DAESH
Sekurang-kurangnya 26 militan rejim Syria dan sembilan pejuang Russia terbunuh dalam serangan kumpulan pengganas Daesh di Syria minggu ini, kata badan pemantau.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, pengganas menyasarkan sekumpulan pejuang Syria dan sekutunya, Russia berhampiran kawasan Mayadeen di wilayah Deir Ezzor, Rabu lalu.
“Seramai 35 pasukan bersenjata pro-kerajaan terbunuh termasuk sembilan warga Russia. Sebahagian daripada warga Russia itu adalah tentera kerajaan,” kata ketua SOHR, Rami Abdel Rahman sambil menambah baki 26 yang lain adalah warga Syria.
Tentera Russia membantu tentera Syria dengan serangan udara dan anggota tentera, namun terdapat beberapa laporan mengenai wujudnya aktiviti tentera upahan persendirian Russia di medan tempur. – AFP (Sumber : Berita Harian)