Tun Mahathir – Saya Sangka Najib Seperti Bapanya Tetapi…. | Bila ditanya wartawan, kenapa dulu sokong Najib jadi PM. Jawapan Tun Mahathir buat ramai sebak. Ikuti selanjutnya.

BEZA ANWAR DAN NAJIB

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan diambil terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak adalah dua kes berbeza.

Tun Mahathir - Saya Sangka Najib Seperti Bapanya Tetapi....

Perdana Menteri berkata, kesalahan dilakukan Najib dilaporkan oleh media dan masyarakat bercakap mengenainya selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata, maklumat berkaitan kes Anwar diperoleh daripada polis yang dengan sendirinya membezakan kes dua individu berkenaan.

“Dalam kes Anwar, saya dimaklumkan oleh polis tetapi dalam kes Najib, saya tahu sendiri. Saya mendapat maklumat daripada sumber awam, media dan semua orang bercakap mengenai apa yang dilakukannya.

“Beliau (Najib) tidak menyaman mereka yang membuat tuduhan, sekali gus membuktikan semua perkara itu memang dilakukannya. Maka dalam kes Najib, saya tahu ia berbeza,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge Weekly.

Anwar dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1 Disember 1003 sebelum dipecat daripada Kabinet pada 2 September 1998 hingga membawa kepada hukuman penjara.

Keadaan itu menyaksikan kedua-duanya berseteru selama beberapa tahun sehinggalah Dr Mahathir meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Harapan pada 2016.

TUN RAZAK BAIK TAPI NAJIB….

Ditanya sama ada sukar baginya mengambil tindakan terhadap Najib berikutan hubungan baiknya bersama bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, Dr Mahathir mengakui pelantikan Najib dibuat atas rasa terhutang budi kepada bapanya.

Tun Mahathir - Saya Sangka Najib Seperti Bapanya Tetapi....

“Tanpa Tun Razak, saya tidak akan menjadi Perdana Menteri (kali pertama pada 1981). Tun Razak memberitahu Tun Hussein Onn (Perdana Menteri ketiga) untuk menghubungi saya jika mempunyai masalah.

“Justeru, apabila Tun Hussein perlu memilih daripada tiga Naib Presiden UMNO, beliau memilih saya.

“Itulah bagaimana saya menjadi Perdana Menteri, maka saya terhutang budi kepada Tun Razak. Saya sangkakan Najib akan menjadi seperti bapanya, tetapi ternyata saya silap,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply