Terusan Suez : Penghantaran Bekalan Mungkin Terjejas | Penghantaran bekalan barangan dari Eropah ke Asia mungkin terjejas. Hal ini berlaku disebabkan oleh insiden sebuah kapal kontena yang telah terkandas di Terusan Suez dan menghalang laluan. Ini akan menyebabkan pengeluaran inventori terjejas.
Menurut Menteri Pengangkutan Singapura Ong ye Kung, insiden itu menghalang kapal daripada belayar ke sekitar benua afrika – Tanjung Harapan – dan Asia. Tempoh perjalanan akan bertambah dari seminggu ke dua minggu katanya.
Kapal kontena MV Ever Given itu telah tersadai di Terusan Suez disebabkan oleh ribut yang berlaku. Ini telah menyebabkan kesesakan di laluan perdagangan dunia itu. Terusan Suez merupakan laluan kapal perdagangan yang terpenting dunia dan menjadi laluan kepada kira-kira 10 peratus perdagangan antarabangsa.
Kapal kargo Ever Given yang menghalang laluan di Terusan Suez berjaya diapungkan – penyedia khidmat maritim Inchcape Shipping. pic.twitter.com/lzFDPi31hp
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) March 29, 2021
Namun pasukan penyelamat telah berjaya mengalihkan kapal MV Ever Given yang tersekat di Terusan Suez selama seminggu. Insiden itu telah membuatkan laluan perdagangan pentimg dunia itu ditutup buat sementara waktu. Walaupun telah berjaya diapungkan kembali, belum jelas bilakah laluan itu akan dibuka kembali.
Usaha menyelamat dilakukan dengan menggali jauh ke dalam tebing terusan kira-kira 27,000 meter padu pasir. Masih belum jelas bilakah laluan itu dapat dibuka kepada trafik, atau kepada lebih 450 kapal yang terkandas, sedang menungu, atau dalam perjalanan ke terusan itu. Penangguhan ini merupakan satu lagi tekanan untuk rantaian bekalan global.
Kapal MV Ever Green telah tersekat secara menyerong merentasi laluan Terusan Suez itu sejak selasa lalu. Ia telah menutup laluan perdagangan global dari dua arah iaitu timur dan selatan. Ini telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dari dua arah itu.
Kesesakan lalu lintas berlaku ke atas 200 buah kapal di kedua-dua hujung terusan yang sepanjang 193 kilometer (KM). Insiden ini telah menyebabkan berlakunya kelewatan penghantaran minyak, gas dan bekalan produk lain. Keadaan ini telah menyebabkan setiap syarikat perkapalan tersebut terpaksa mengubah laluan penting kapal dagang di sekitar Afrika.
Kira-kira 10 peratus aktiviti perdagangan dunia bergantung terhadap Terusan Suez, terutamanya bagi menghantar bekalan Minyak dan Gas ke Eropah.
Sumber : Astro Awani, Bernama