Pemuda Jadikan Burung Kenari Sebagai Hantaran Kahwin | Hantaran merupakan suatu kemestian dalam setiap majlis perkahwinan. Namun suatu kelainan telah dicipta oleh sepasang mempelai pengantin dari Indonesia. Dimana kenari telah dipilih untuk dijadikan sebagai hantaran kepada isterinya.

Pemuda Jadikan Burung Kenari Sebagai Hantaran Kahwin

Seorang lelaki dari Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia telah mencipta suatu diluar kebiasaan dalam majlis perkahwinannya. Aris Prasetyo, 32 iaitu pengantin lelaki telah memberikan burung kenari jantan kepada pasangannya sebagai hantaran. Burung kenari itu telah diberikan kepada isterinya pada majlis pernikahan mereka baru-baru ini.

Isterinya Eka Maria Fransisca, 29 tahun telah menerima hantaran burung kenari jantan yang diberikan oleh suaminya. Selain dari burung kenari jantan, Eka turut menerima mas kahwin bernilai 620,000 Rupiah iaitu bersamaan RM178.

Aris Prasetyo telah memilih untuk memberikan burung kenari kepada isterinya disebabkan oleh sifat mereka yang sama. Aris beranggapan bahawa sifat Eka iaitu isterinya yang cerewet amat sama seperti mana burung kenari itu. Oleh itu beliau membuat keputusan untuk menjadikan burung kenari sebagai hantaran.

Menurut Eka Maria atau lebih mesra disapa sebagai caca, pemilihan hantaran kahwin telah dibincangkan bersama terlebih dahulu. Apa yang diberikan semasa majlis pernikahan tersebut telahpun dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maka tidak ada istilah keputusan dari sebelah pihak sahaja.

Eka turut menyatakan bahawa sebelum ini suaminya ada menyatakan suaminya tidak mahu memberikannya wang atau selain daripada itu pada hari majlis pernikahan mereka. Malahan dia (Aris) ingin memberikan apa yang disukai oleh isterinya pada hari tersebut. Apa yang dimaksudkan disukai oleh Eka itu adalah burung.

Sebenarnya Aris dan Eka berkongsi minat yang sama iaitu menyukai burung. Keluarga turut mengetahui apa yang telah dirancangkan oleh mereka berdua sebelum ini. Tiada halangan diberikan oleh keluarga mereka melakukan perkara tersebut. Keluarga hanya bertanyakan sama ada hantaran dan mas kahwin itu memadai ataupun tidak.

Menurut Eka, dia juga telah bersedia dan bertanggungjawab untuk menjaga burung kenari yang diterima sebagai hantaran itu dengan sebaik mungkin. Berkaitan nilai mas kahwin yang diterima iaitu 620,000 Rupiah itu mempunyai makna tersirat disebalik nilai itu.

Nilai itu sebenarnya simbolik bagi tarikh 6 Jun 2020, iaitu traikh dimana suaminya membuat keputusan untuk memberitahu kepada rakan sekerjanya berkenaan hubungan mereka.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply