Tiada Duit Nak Beli Makanan, Bapa Terpaksa Jual Anak | Seorang bapa di Afghanistan terpaksa menjual anak perempuannya berusia 9 tahun untuk membeli makanan buat keluarganya.

Tiada Duit Nak Beli Makanan, Bapa Terpaksa Jual Anak

Parwana Malik dijual pada harga kira-kira AS$2,200 kepada seorang lelaki yang mendakwa dirinya berusia 55 tahun.

Parwana memberitahu CNN, dia menganggap lelaki berkenaan sebagai “seorang yang tua” dan khuatir dia akan dipukul serta dipaksa melakukan kerja dalam rumah.

Bapanya merayu kepada lelaki berkenaan untuk menjaga anaknya dengan baik dan jangan memukulnya.

Namun lelaki berkenaan memberitahu agensi berita itu, dia bukan membeli Parwana untuk menjadikannya sebagai isteri, tetapi untuk dijaga oleh isterinya sebagai anak mereka sendiri.

“Parwara dijual pada harga yang sangat murah, dan bapanya sangat miskin dan perlukan wang.

“Saya akan menempatkannya dalam rumah saya dan melayan dia seperti anak saya sendiri,” katanya memetik laporan CNN.

Ibu bapa Parwana berkata, mereka terpaksa melakukan demikian susulan krisis ekonomi dihadapi negara itu selepas Taliban mengambil alih pucuk pimpinan.

Sejak daripada itu, mereka tidak mampu untuk membeli barangan keperluan termasuk makanan.

Keluarga Parwara kini menetap di sebuah kem pelarian yang terletak di utara wilayah Badghis sejak empat tahun lalu.

Beberapa bulan sebelum Parwara dijual, kakaknya turut mengalami nasib yang sama bagi membolehkan keluarganya membeli barangan keperluan.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply