‘Tiada Niat Untuk Menyindir Abang Burger’, Neelofa Tampil Dengan Penjelasan

| April 27, 2021 | 0 Comments

‘Tiada Niat Untuk Menyindir Abang Burger’, Neelofa Tampil Dengan Penjelasan | Seorang selebriti terkenal tanah air, Neelofa sekali lagi menimbulkan kecaman warga net selepas tindakannya memuat naik gambar burger di Instagram story miliknya yang dikatakan seolah-olah menyindir peniaga burger di Kota Bharu yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM50,000, baru-baru ini.

Tiada Niat Untuk Menyindir Abang Burger', Neelofa Tampil Dengan Penjelasan

Tiada Niat Untuk Menyindir Abang Burger', Neelofa Tampil Dengan Penjelasan

Neelofa dalam satu posting berikutnya telah menjelaskan bahawa netizen telah salah faham dengan gambar tersebut dan niat sebenarnya hanya untuk membantu peniaga burger yang dikenali sebagai Wan Mohd Faisal dengan ikhlas selain memuatnaik paparan skrin perbualan tentang hasratnya yang ingin membantu peniaga burger tersebut di Instagram story miliknya.

Menerusi posting tersebut, dia telah mengatakan bahawa ramai yang telah salah anggap dan bersangka tidak baik terhadap gambar ‘burger’ yang telah dimuat naik. Malah dia menerusi posting tersebut, dia menyatakan bahawa peguamnya telah berjaya menghubungi peniaga burger tersebut untuk membantu selesaikan bayaran kompaun sebelum dia dikatakan memuat naik petikan hadis berkaitan membantu orang dalam kesusahan.

Terdahulu, isteri kepada peniaga burger, Norlaili telah memberitahu bahawa dirinya telah mendapat panggilan daripada peguam Neelofa pada jam 5:30 petang sebelum dia diberitahu bahawa selebriti popular tersebut ingin membantu dalam melangsaikan kompaun ysng dikenakan kepada mereka.

Namun tambahnya lagi kepada Berita Harian, mereka masih menunggu keputusan rayuan kompaun sertaberterima kasih kepada Neelofa kerana sudi menghulurkan bantuan bagi meyelesaikan kompaun tersebut.

Selain Neelofa, beberapa selebriti turut dilihat ingin menyalurkan dana bagi membantu Wan Mohd Faisal termasuk Pu Azman dan juga Caprice.

Neelofa telah menerima kecaman netizen selepas gambar ‘burger’ bercaption ‘moreh burger malam ni meh’ dimuat naik dan menyebabkan netizenmenganggap Neelofa sengaja mahu mengalihkan perhatian selepas melakukan kesalahan dan didenda.

Gambar tersebut dipercayai diperoleh menerusi enjin carian Google dan telah memadamkan posting tersebut setelah ia menimbulkan banyak kecaman serta spikulasi dari warga net di media sosial.

Ia telah dimuat naik selepas Neelofa mengeluarkan kenyataan denda sebanyak RM60,000 terhadap dirinya dan suami serta ahli keluarganya kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *