Tiada Pelanggan Ketika Covid, Pembawa Beca Hidup Seperti Gelandangan Akibat Hilang Punca Pendapatan | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, sesetengah sektor yang melibatkan pelancongan terpaksa bergelut untuk mencari sumber pendapatan. Hal tersebut turut dirasai oleh pembawa beca di Pulau Pinang yang menghadapi kejatuhan ekonomi ketika ini.

Tiada Pelanggan Ketika Covid, Pembawa Beca Hidup Seperti Gelandangan Akibat Hilang Punca Pendapatan

Sebilangan besar daripada mereka yang rata-ratanya merupakan golongan warga emas telah mengubah kenderaan beca mereka menjadi tempat tinggal kerana sudah tidak mampu membayar sewa bilik malah sesetengah daripada mereka terpaksa ke tandas awam untuk mandi serta mencuci pakaian.

Menurut salah seorang pemandu beca, Samsudin Ahmad, 65 dalam satu laporan mengatakan dia telah tinggal di beca tersebut iaitu sejak 3 hingga 4 bulan terakhir kebelakangan ini kerana sudah tidak mampu untuk membayar sewa di Jalan Perak.

Dia juga menyatakan bahawa ketika kali pertama Covid melanda negara tahun lalu, dirinya masih mampu bertahan dengan sedikit simpanan yang ada namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dia telah kehilangan punca pendapatan menyebabkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari bilik sewaan tersebut.

Tambahnya lagi, kerana dirinya yang sudah uzur, bantuan wang yang diperoleh daripada kerajaan Pulau PinangĀ  tersebut digunakan untuk membeli ubat sehingga tiada lagi lebihan wang yang tinggal untuknya membayar sewa bilik.

Pengerusi Persatuan Pembawa Beca Penang, Abdul Latiff Mohd, 74, memberitahu bahawa hanya terdapat 80 orang sahaja pembawa beca yang masih aktif membawa beca kerana rata-ratanya pembawa beca yang lain tidak mempunyai pilihan sehingga terpaksa mencari pekerjaan baru.

Menurutnya lagi, pembawa-pembawa beca tersebut ada yang berasal dari negeri lain seperti Perak dan Johor namun kini, mereka terpaksa tidur di beca atau mendapatkan bantuan dari rakan-rakan yang tinggal di Pulau Pinang.

Terdapat kira-kira 20 hingga 25 orang pembawa beca terpaksa hidup sebagai gelandangan seperti tidur di kaki lima atau di atas beca sejak kawalan perintah pergerakan dijalankan bermula Mac tahun lalu.

Difahamkan kenderaan seperti beca dahulunya menjadi antara pengakutan penting bagi melakukan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain namun seiring masa berlalu permintaan terhadap pengakutan beca menjadi semakin berkurangan dek kerana ramai yang menggunakan pengakutan seperti bas, motosikal atau kereta untuk bergerak.

Menurut laporan The Star, kerajaan negeri telah mengagihkan pelbagai bantuan tunai kepada pembawa beca bagi meringkan beban kewangan mereka serta percaya bahawa kenderaan beca merupakan sebahagian daripada warisan budaya Pulau Pinang yang perlu dipelihara.

Sumber: The Star

Share.

Leave A Reply