Wanita Nekad Jual Buah Pinggang Demi Nak Langsai Hutang | Baru-baru ini, seorang wanita yang berasal dari Lumajang, Indonesia dikatakan ingin menjual buah pinggangnya dengan harga Rp500 juta (RM 143, 823) demi melangsaikan hutang.

Wanita Nekad Jual Buah Pinggang Demi Nak Langsai Hutang

Wanita yang dikenali sebagai Farhiyatun Naini itu dilaporkan mempunyai hutang dengan jirannya dan juga pihak bank berjumlah Rp 2juta (RM 275). Dia yang merasa tidak ada cara lain untuk selesaikan hutang tersebut, nekad untuk menjual buah pinggangnya.

Selain itu, dia juga turut mengatakan suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan tidak dapat membantu kerana gajinya dipotong disebabkan pandemik Covid-19. Dia juga telah mencuba pelbagai usaha dalam masa setahun untuk langsaikan hutangnya.

Perkara tersebut mendapat perhatian di laman media sosial rakyat Indonesia sehingga tular dan orang ramai menasihatinya untuk tidak melakukan perkara tersebut.

“Saya minta maaf. Saya tidak akan mengulangi perbuatan ini lagi. Mujur keluarga sudi untuk membantu selesaikan hutang saya kepada jiran-jiran” katanya.

Di samping itu, dia turut dilaporkan mendapat bantuan dari Program Keluarga Harapan (PKH) pada setiap bulan.

Sumber : Tribun News

Share.

Leave A Reply