4 Orang Terbunuh Termasuk Seorang Kanak-Kanak Dalam Nahas Tembakan Di California | Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang kanak-kanak telah terbunuh dalam nahas tembakan di sebuah kompleks perniagaan berdekatan Orange, California baru-baru ini setelah mencatatkan tiga insiden penembakan secara besar-besaran yang disaksikan oleh masyarakat tempatan dua minggu terakhir ini.

4 Orang Terbunuh Termasuk Seorang Kanak-Kanak Dalam Nahas Tembakan Di California

Jurucakap polis mendedahkan penembakan tersebut berlaku di sebuah kompleks perniagaan berdekatan sini kira-kira jam 5:30 petang waktu tempatan dan telah mengorbankan lebih empat orang termasuk seorang kanak-kanak serta didapati dua orang telah tercedera termasuk suspek tembakan tersebut.

Sambungnya lagi, pegawai telah mengambil tindakan selepas menerima panggilan kecemasan mengenai tembakan yang berlaku di blok 200 Lincoln Avenue namun setelah tiba di lokasi kejadian,bunyi tembakan masih kedengaran dan terdapat beberapa mangsa yang telah meninggal kerana terkena tembakan tersebut.

Sejurus kemudian, polis turut melepaskan satu das tembakan bagi mengawal keadaan dan dilihat keadaan menjadi semakin reda setelah pihak polis tiba di tempat kejadian. Polis juga turut melaporkan tiada kecederaan berlaku kepada anggota-anggota polis yang bertugas di lokasi tersebut.

Seorang wanita turut dilaporkan cedera akibat terkena tembakan dan kini berada dalam keadaan kritikal bersama suspek akibat daripada luka tembakan namun belum dapat dipastikan tentang kedudukan luka tersebut menurut kenyataan pihak polis kepada media yang dipetik dari NBC Los Angeles.

Tiada maklumat tentang mangsa-mangsa terkorban telah dilaporkan oleh pihak polis.

Baru-baru ini, Amerika telah dikejutkan dengan beberapa siri serangan tembakan secara besar-besaran iaitu pada 22 March apabila mereka digemparkan dengan tembakan secara besar-besaran di sebuah pasaraya berdekatan Colorado sehingga mengorbankan kira-kira 10 orang dalam insiden tersebut dan diikuti seminggu kemudian iaitu insiden penembakan secara besar-besaran di sebuah spa berlainan di Atlanta sehingga mengorbankan lapan orang termasuk enam daripadanya adalah wanita Asia.

Sumber: NBC Los Angeles

Share.

Leave A Reply