Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tian Chua Ditampar. Ini Respons DS Azmin Ali Buat Ramai Ahli PKR Geram | Semalam viral Tian Chua ditampar oleh seorang penyokong PKR. Ini respons DS Azmin Ali tentang kejadian tersebut buat ramai ahli PKR geram. Baca selanjutnya.

Budaya Gengster PKR

Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyifatkan serangan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua semata-mata kerana perbezaan pandangan dan pendapat mencerminkan bagaimana parti itu telah diseludupi budaya gengsterisme dan keganasan.

Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata, semua pihak seharusnya menolak budaya gengsterisme dan keganasan dalam politik, sebaliknya perlu berusaha menyuburkan semangat berdebat secara rasional serta berunding untuk menyelesaikan masalah.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan terhadap Tian Chua di hadapan Ibu Pejabat PKR hari ini…beliau merupakan seorang aktivis sosial yang dihormati dan pengasas Keadilan yang berjasa dalam perjuangan parti itu sejak ia ditubuhkan. (BACA : VIDEO TIAN CHUA DITAMPAR PENYOKONG PKR (LINK)

“Gejala (gengsterisme) ini menjadi bukti bagaimana parti yang didirikan dengan tujuan murni untuk membela nasib rakyat telah ‘dihijack’ oleh orang yang bertopeng reformasi dan menjadikan agenda mendewakan diktator sebagai teras perjuangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, pimpinan tertinggi PKR kelihatan alpa terhadap budaya samseng itu dan menyimpang jauh daripada reformasi membela rakyat, sedangkan sebuah parti politik yang berlandaskan perjuangan keadilan dan demokrasi seharusnya menggunakan wacana rasional dan perdebatan yang berasaskan kepada fakta.

“Apabila sesebuah parti itu telah dirasuk oleh unsur gengsterisme dan pimpinan membiarkannya terus berleluasa, ini bermakna parti itu berada di ambang kehancuran,” katanya. – Bernama

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply