Tian Chua Terkini Ditampar Penyokong PKR. Ini Puncanya | Terkini dari ibu pejabat PKR. Tian Chua ditampar oleh penyokong PKR. Ini puncanya. Tak sangka.

Tian Chua Dituduh “Pengkhianat”

NAIB Presiden PKR Tian Chua ditampar dan dibaling botol minuman penyokong parti berkenaan dalam kejadian di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, sebentar tadi.

Penyokong parti berkenaan dipercayai tidak berpuas hati kepada Tian Chua yang dilihat cenderung kepada kem bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selain menjerit “pengkhianat” kepadanya ketika mahu meninggalkan pejabat berkenaan selepas mesyuarat.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin dan Setiausaha PKR Selangor Mohd Razlan Jalaluddin turut diserang kumpulan penyokong semasa parti berkenaan di lokasi sama.

Kebanyakan penyokong PKR dilihat berang dan menjerit perkataan ‘pengkhianat’ kepada kedua-dua individu berkenaan.

Bagaimanapun situasi selama 10 minit itu berjaya dikawal beberapa individu dari kumpulan otai reformis.

Video Kejadian

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply