Lantikan Perdana Menteri Ke 8. Ini Ikrar DS Zahid Hamidi Buat Pengundi PH Panas

| February 29, 2020 | 0 Comments

Lantikan Perdana Menteri Ke 8. Ini Ikrar DS Zahid Hamidi Buat Pengundi PH Panas | Dengan perlantikan TS Muhyiddin Yassin sebagai PM Malaysia ke 8, BN dan PAS mula jadi kerajaan. Ini ikrar DS Zahid Hamidi buat pengundi PH panas.

BN Akan Sokong Dasar PM 8 Dan Bantu Rakyat

Barisan Nasional (BN) berikrar akan menyokong segala dasar baharu yang dibawa oleh Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga menyifatkan pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri secara rasmi itu sebagai berakhirnya babak hitam dalam negara.

“Alhamdulillah episod dan babak awam hitam telah berlalu dan langit kembali cerah.

“Insya-ALLAH kita parti-parti dalam BN akan memberikan dukungan dan sokongan semasa terhadap dasar-dasar baharu yang amat berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Beliau ditemui pemberita sebaik sahaja keluar dari Istana Negara selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri ke-8 hari ini.

Ahmad Zahid dalam masa sama berkata, Perikatan Nasional juga akan meletakkan rakyat sebagai keutamaan sekali gus membela nasib rakyat yang teraniaya.

“Kita akan membantu sedaya upaya bagi menentukan rakyat harus sentiasa diutamakan dan rakyat harus dibela semula. Bantuan terhadap rakyat harus dikembalikan semula,” katanya.

Muhyiddin selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini setelah Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Pagoh itu.

Pelantikan itu diumumkan Istana Negara semalam setelah genap seminggu kemelut politik melanda negara.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *