Lantikan Perdana Menteri Ke 8. Ini Komen Balas Azmin Ali Yang Dinanti PH | Dituduh pengkhianat dan lain-lain lagi, akhirnya DS Azmin Ali beri komen balas yang dinanti penyokong PH. Baca selanjutnya.

Perjuangan Seminggu Buahkan Hasil

Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah seorang pemimpin berwibawa, berpengalaman serta berintegriti, kata Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atas pelantikannya itu, Mohamed Azmin bersyukur kerana perjuangan selama seminggu untuk membentuk kerajaan baharu akhirnya membuahkan hasil.

“Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya, namun akhirnya kami mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pagi ini.

Mohamed Azmin berkata, di bawah kepimpinan Muhyiddin, mereka komited untuk membentuk kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

“Kami komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi semasa, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi,” katanya. – Bernama

Sumber : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply