Tidak Sah Ibadah Haji Jika Dilakukan Secara Maya – Jabatan Agama Turki | Khalifah Media Networks – Bulan Disember tahun lepas, Arab Saudi ada memperkenalkan penggunaan teknologi terimbuh (AR). Yang mana ia menawarkan jemaah untuk menyentuh Hajar Aswad secara maya. Inisiatif ini juga dilakukan sebagai langkah Arab Saudi menawarkan pengalaman kepada jemaah. Berikutan yang tidak berpeluang untuk menyentuhnya disamping membendung penularan Covid-19.

Tidak Sah Ibadah Haji Jika Dilakukan Secara Maya - Jabatan Agama Turki

Namun, selepas ia diperkenalkan beberapa persoalan muncul mengenai adakah ibadah Haji boleh dilakukan secara maya? Kerana sekarang Arab Saudi sudah mempunyai teknologi AR menyentuh Hajar Aswad maya, mungkin kemudian hari akan ada ibadah Haji secara maya pula.

Untuk menjawab persoalan ini, Jabatan Agama Turki (Diyanet) telah bersetuju bahawa ibadah Haji yang dilakukan secara maya adalah tidak sah. Hal ini dikatakan demikian kerana, untuk melakukan ibadah Haji, seseorang perlu berada di tanah suci secara fizikal.

Arab Saudi memperkenalkan AR Hajar Aswad ini adalah sebagai promosi menarik pelancong seperti mana yang dilakukan oleh Istanbul. Berikutan membenarkan pelancong melawat Archeological Museum menggunakan kaca mata realiti maya (VR), tambah Diyanet.

Abdullah Tirabzon, ahli akademik dari Fakulti Teologi Istanbul University bersetuju dengan Diyanet bahawa maya dan realiti tidak akan pernah sama.

Beliau juga menegaskan bahaya dan risiko alam meta (metaverse) ini terhadap Agama. Hal ini kerana jika hari ini ada yang memberikan idea untuk melaksanakan ibadah Haji secara maya. Mungkin lain hari akan ada pula idea untuk laksanakan ibadah Solat secara maya.

Sumber : Wiser.my

 

Jemaah Mengambil Peluang Iftar di Masjidil Haram | Khalifah Media Networks -Ribuan jemaah mengambil peluang iftar di Masjidil Haram sempena bulan Ramadan ini. Baca selanjutnya.

RIYADH: Ribuan jemaah duduk dalam barisan panjang di Masjidil Haram sambil menunggu azan Maghrib untuk berbuka puasa pada hari pertama berpuasa semalam.

 

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply