Banduan Perlu Pakai Pelitup Muka Ketika Tidur Di Penjara Bangkok | Banduan di penjara Bangkok terpaksa untuk tidur sambil mengenakan pelitup muka disebabkan oleh seramai 22,000 tahanan telah disahkan positif covid-19. Keadaan itu yang memaksa mereka untuk tidur dalam keadaan sebegitu.
Pihak berkuasa merancang untuk membebaskan tahanan yang mempunyai masalah kesihatan dan mengumumkan dana bagi menjalankan lebih banyak ujian dan penjagaan kesihatan. Namun, tahanan ini tidak dimaklumkan betapa serius keadaan yang berlaku.
Menurut aktivis Somyot Prueksakasemsuk, yang berdepan hukuman di bawah undang-undang penghinaan diraja, banduan yang berada di penjara itu tidak didedahkan dengan pengetahuan bagaimana untuk melindungi diri mereka sendiri.
Somyot memaklumkan bahawa dia tidak diarahkan untuk membuat ujian saringan Covid-19 ketika ditahan selama 10 minggu. Namun ketika itu dia tidak merasa bimbang kerana tidak mengetahui berkaitan peringkat risiko jangkitan virus itu. Dia telah dilepaskan pada bulan lalu.
Kini dia merasa amat takut kerana banduan yang berada di dalam penjara sangat berisiko terkena jangkitan itu dan ia tidap dapat dielakkan. Ini kerana jumlah jangkitan dari penjara meningkat mendadak dari hanya 10 kes diumumkan bulan lalu.
Ramai aktivis sosial dijangkiti virus berkenaan selepas dibebaskan dari penjara. Banduan di penjara seluruh Thailand mencecah angka 311,000 awal tahun ini, lebih 2.5 kali ganda daripada kapasiti rasmi. Banyak sel dipenuhi banduan dengan setiap individu mempunyai ruang sekitar kurang 50 meter seorang.
Sumber: Harian Metro