“Tindakan Biden Adalah Sangat Memalukan”- Trump | Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan tindakan yang diambil oleh Joe Biden dalam menangani penarikan keluar tentera negaranya dari Afghanistan adalah sangat memalukan serta mencemarkan maruah negara, baru-baru ini.
Trump berpendapat bahawa tindakan yang diambil Biden adalah sangat tergesa-gesa malah ia telah mengakibatkan wujudnya suasana kacau bilau apabila ribuan warga Afghanistan bergegas keluar dari Kabul selepas kemenangan mudah Taliban.
Trump menyifatkan bahawa rancangan yang dijalankan tersebut iaitu dengan mengeluarkan tentera Amerika dari Afghanistan telah dilakukan dengan teruk sekali.
Beliau turut melaporkan telah mengadakan rundingan dengan pemimpin Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar yang memainkan peranan penting dalam perjanjian damai dalam pentadbirannya.
Trump berkata bahawa bagus untuk tentera mereka keluar daripada Afghanistan, namun siapa yang menangani penarikan diri yang lebih teruk daripada Joe Biden selain menyelar bahawa tindakan yang diambil Biden sebagai sesuatu yang paling memalukan dalam sejarah negara kita.