Tinggal Dalam Kereta Sejak Sebulan Akibat Dihalau Dari Rumah Sewa | Sebuah keluarga dilaporkan terpaksa tidur dalam kereta sejak sebulan lalu gara-gara tidak mampu membayar sewa rumah selepas kisah keluarga berkenaan dikongsikan aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang menerusi kemas kini di Facebooknya pada Rabu.

Tinggal Dalam Kereta Sejak Sebulan Akibat Dihalau Dari Rumah Sewa

Menerusi kemas kini tersebut, dikatakan pasangan suami isteri bersama tiga anak termasuk seorang bayi itu dihalau dari rumah sewa kerana sewa tertunggak selama tiga bulan.

Menurut perkongsian itu, keluarga berkenaan datang bertemu sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) tersebut bagi memohon bantuan.

Jelasnya, mereka tidur dalam kereta sudah satu bulan. Tak ada tempat tinggal. Suami kerja pengawal keselamatan. Gaji dikhabarkan kena tipu.

Uncle Kentang turut memberitahu bahawa sudah menempatkan mereka di hotel dulu sebelum dicarikan rumah sewa.

Chee Heng meluahkan rasa sedih dengan situasi dialami keluarga itu dan akan mencari dana keluarga ini menerusi kentangfund.com.

Katanya, mereka perlukan RM4,500 untuk kos sewa dan perkakas rumah selain meminta orang ramai untuk turut membantu.

Beliau meminta orang ramai untuk menghubungi beliau di 018-2683999 jika ada maklumat rumah sewa antara RM600 hingga RM700 sebulan.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply