TIPS MELANCONG DENGAN ANAK KECIL

| July 12, 2020 | 0 Comments

Tips Melancong Dengan Anak Kecil | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dulu zaman bujang memang senang je kalau nak pergi bercuti, tak bawak banyak barang pun masih boleh pergi bercuti. Pergi secara backpackers je pon dah boleh. Tapi bila dah berkahwin dan ada anak ni, nak bercuti pun dah rasa takut sebab tak tahu macam mana cara nak bawak anak kecil bercuti. Barang apa yang perlu bawa, tempat mana yang sesuai, bilik hotel sesuai ke tak dengan anak kecil. Jangan risau, jom min kongsikan tips sebagai panduan anda untuk bercuti dengan anak kecil anda.

Berikut merupakan tips yang anda boleh ikuti:

1. Pastikan anda menyiapkan beg terlebih awal. Antara tip untuk mempermudahkan anda menyusun barangan di dalam beg adalah dengan meyusun keperluan pakaian dan makanan mengikut hari.

2. Semasa menyiapkan beg, masukkan barangan mengikut hari ke dalam beg plastik vakum untuk mendapatkan lebih banyak ruang di dalam beg bagasi. Labelkan juga beg supaya anda tidak terlupa.

3. Pastikan baju, seluar, stoking, kasut dan sebagainya disusun bersama-sama supaya mudah anda mengeluarkan dari beg dan memakainya kepada anak anda. Satu set pakaian harian elok terletak bersama-sama.

4. Asingkan kain napkin bayi dan set losyen, tisu lembap untuk mencuci di dalam beg diaper yang berasingan. Senanglah anda untuk mencapai napkin jika anda perlu menukar lampin bayi ketika dalam perjalanan atau ketika sedang melancong ke tempat-tempat pilihan. Bawa sahaja beg yang penuh dengan kelengkapan menukar lampin.

5. Sediakan juga beg untuk digalas. Masukkan sehelai dua baju tambahan bayi dan juga baju anda. Takut-takut si kecil terbocor. Jadi dapatlah anda menukar baju bayi dan juga baju anda yang kotor itu dengan mudah. Tidak perlu menggeledeh beg bagasi.

6. Masukkan juga set mandian bayi dan kotak kecemasan di dalam beg plastik berasingan. Selain memudahkan anda mengambil barangan ini, plastik tersebut juga boleh mencegah syampu atau ubat yang tertumpah dari bocor terkena baju anda yang lain.

7. Bawa beg plastik kosong tambahan. Anda mungkin memerlukannya untuk membungkus apa sahaja pakaian atau barangan kotor.

8. Pastikan anda tahu nombor panggilan kecemasan di tempat yang anda ingin tujui. Kalau ada kecemasan yang serius, bolehlah anda menghubungi nombor ini dengan cepat.

9. Jika anda menaiki kapal terbang, pastikan anda tahu tentang peraturan membawa naik botol cecair ke dalam kabin. Selalunya, botol yang mengandungi cecair lebih daripada 88ml tidak dibenarkan. Jadi, pastikan anda menyemak isipadu losyen bayi anda. Peraturan ini tidak dikenakan bagi makanan bayi, susu ibu di dalam botol dan minuman formula bayi.

10. Ambil giliran dengan pasangan anda utuk menjaga atau mengendong bayi. Ini supaya anda berdua tidak keletihan dan dapat menikmati percutian bersama-sama.

 

Siapa cakap ada anak kecil anda tidak lagi boleh bercuti. Boleh je sebenarnya, asalkan anda tahu macam mana cara nak mengendalikan percutian anda tu.

 

Sumber: theAsianparent

Tags: , , ,

Category: TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *