Wanita Yang Lemah | Nama saya Lisa (bukan nama sebenar), berumur 30 tahun, status ibu tunggal. Selepas di ceraikan dalam tempoh 6 tahun perkahwinan.
Punca perceraian adalah kerana tidak sehaluan dalam banyak perkara. Atas
persetujuan masing2 akhirnya dua2 bersetuju untuk bawa haluan hidup
sendiri. Hasil perkahwinan di kurniakan seorang anak, dan atas
pesetujuan juga anak di bawah jagaan saya.
Dalam setiap perkahwinan setiap daripada isteri tentunya menginginkan
suami yang boleh membimbing, mengajak ke jalan yang di redhai Allah.
Namun, itulah juga salah satu punca perceraian bila bekas suami selalu
mempersoalkan tentang ibadah2 yang aku lakukan.
Memandangkan dia masih mengamalkan gaya hidup yang sudah biasa dari
zaman kami bujang dan saya pula sudah berhijrah. Akhirnya saya akur, dan
menerima bahawa jodoh tidak panjang. Dan percaya ketentuan Allah jauh
lebih baik.
Sepanjang menjadi ibu tunggal, saya berusaha memperbaiki diri,
menghadiri majlis2 ilmu, kerana niat betul2 mahu berubah dan mendalami
agama.
Sehinggalah saya telah menemui seorang lelaki yang baik agamanya,
akhlaknya, budi bahasanya, penampilannya bahkan mempunyai rupa paras
yang boleh tahan. Saya namakan sebagai H.
Setiap hari berhubung melalui media social, whatsapp dan call, pasti ada
isu2 agama, atau ilmu2 baru yang akan H kongsikan bersama saya.
Membuatkan saya semakin tertarik kepadanya. Namun, hasrat saya pendamkan
memandangkan sedar status saya sementara dia pula lelaki bujang yang
belum pernah berumah tangga dan sudah tentu pilihannya pasti anak dara juga.
Namun suatu hari, H menyuarakan bahawa dia sudi menerima diri ini apa
adanya bersama anak untuk menjadi pendamping hidupnya dengan niat untuk
membimbing. Lalu, hati mana yang tidak gembira bila rasanya seolah2
insan yang betul telah hadir di masa yang tepat.
Bahagianya bukan kepalang. Maka, janji2 pun terpateri. Bermacam2
rancangan yang dilakar untuk masa depan bersama termasuklah berjumpa
keluarga masing2 pada perayaan berikutnya. Sehinggalah keserasian telah
wujud di antara kami.
Satu hari, secara tiba2 H menyuarakan untuk mengatur percutian berdua.
Dengan alasan untuk lebih mengenali hati budi masing2.
Mulanya hairan namun cuba berfikir positif mungkin percutiannya
berlainan bilik. Kerana yakin dengan imannya, akhlaknya, mana mungkin
orang beragama terfikir untuk mendekati zina.
Namun benarlah, syaitan itu penuh dengan tipu daya, penuh dengan
muslihat. Percutian berdua akhirnya menjadi tragedi hitam dalam hidup.
Dan tidak berhenti sampai di situ. Perkara yang sama terus berulang bila
dua2 ada masa cuti yang sama.
Bercuti layaknya seperti pasangan yang sedang honeymoon. Berkali- kali
harga diri di serah dan di janjikan akan di jadikan isteri bila sampai
masanya. Setiap kali selepas bersama, malah H selalu menasihati agar
solat taubat sungguh-sungguh.
Namun perjumpaan berikutnya benda yang sama tetap berulang juga. Tewas
dengan nafsu. Sehinggalah suatu hari segalanya terbongkar.
Sebelum ini H mengatakan bahawa sayalah satu2nya wanita dalam hidupnya.
Sungguh, saya lupa lidah orang beragama juga tidak bertulang.
Sehinggalah hari di mana saya check handphone H, dan saya dapati terlalu
banyak chat di messenger bersama wanita lain.
Wanita2 yang niatnya juga ingin belajar agama. Hancur hati saya bukan
setakat di situ bilamana saya dapati satu nombor yang kerap kali H hubungi.
Saya ambil secara diam2 dan simpan untuk tujuan siasatan kelak.
Akhirnya, saya buat panggilan mengajukan keraguan. Dan saya dapati
rupanya H adalah tunangan orang dan mereka akan berkahwin dalam tempoh
yang tidak lama lagi.
Ya Allah, sedihnya bukan kepalang. Sedih kerana selama ini di tipu dan
kerana memikir maruah diri yang sudah di gadai.
Saya ajukan persoalan kepada H, dan hanya kata maaf yang mampu dia
berikan. Dalam persimpangan di antara dua wanita, sudah jelas tentu dia
akan memilih tunangnya. Saya juga jelas tentang itu.
Akhirnya hari ini, diri ini di buang seperti sampah yang paling jijik
tanpa ada kata putus dan tanpa ada rasa tanggungjawab selepas semua yang
terjadi.
Di block dari semua media sos**l, whatsapp, call. Allahu, tidak pernah
terbayang sebegini kejam fikiran orang yang memanfaatkan pengetahuan
agama untuk mengambil kesempatan ke atas wanita.
Selama melalui jalan buntu, ada masanya saya terfikir mungkin lebih baik
saya tidak berhijrah. Kerana ujian untuk berhijrah ini betul2 berat.
Namun syukur, keyakinan kepada Allah tidak pernah hilang dari diri.
Agama tidak pernah salah. Yang salah adalah apabila golongan2 seperti H
terus memanfaatkan wanita2 yang ikhlas ingin berubah dan belajar agama.
Saya anggap ini sebagai pengajaran buat diri sendiri dan kongsikan
kepada pembaca supaya selalu lah berhati2 dengan siapa kamu berkenalan/
berhubung.
Jangan terlalu cepat percaya dengan penampilan luaran, apatah lagi post2
keagamaan di media sos**l belum tentu menjamin kebaikan seseorang. Buat
H, sekiranya kamu membaca ini maka saya berharap kamu insaf dan berubah.
Berhentilah menarik, mengambil kesempatan dan merosakkan wanita yang
betul2 ingin belajar agama. Buat para pembaca, khususnya wanita,
berhati2la dengan siapa kamu berhubung/ berkenalan. Kerana belum tentu
yang baik agamanya itu baik juga dalamannya.
Selain saya ramai lagi wanita2 yang saya dapati berhubung dengan H
melalui apps messenger/ whatsapp. Semoga kalian tidak terpedaya dan
menjadi mangsa seperti saya.
Luaran dan postnya nampak baik, namun hakikatnya, syaitan bertopengkan
manusia. Berhati2lah wahai hawa, Semoga tidak ada lagi wanita yang jadi
mangsa seterusnya.
Doakan saya supaya terus kuat dan terus tabah. Kerana apa yang
merisaukan saya ialah sekiranya hasil hubungan haram itu meninggalkan
benih di dalam rahim saya. Nauzubillahiminzalik.
Semoga Allah melindungi saya daripada takdir yang lebih buruk. Doakan saya.
– Lisa (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions