TIPS: Petua Pokok Cili Berbuah Lebat | Assalamualaiku dan Salam Sejahtera. Kali ini min nak kongsi pulak tentang cara bagaimana nak buat pokok cili yang anda tanam itu berbuah lebat. Baja cili

Baja

Selalu anda melihat pokok cili jiran-jiran anda je yang berbuah lebat, kali ni anda sendiri dapat membuat pokok cili anda berbuah dengan lebat dengan mengikut tips-tips yang min tunjukkan ini. Dah lebat nanti jangan lupa berkongsi dengan jiran-jiran pulak ya.

 

Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.

Bagi yang ingin menanam sendiri, jom cuba petua yang dikongsikan oleh Izham Alias menerusi Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.Baja Cili

Tanaman cili adalah antara pokok yang saya kategorikan dalam pokok yang sukar dijaga. Masa percambahan yang lama iaitu 7-14 hari, penjagaan yang rapi, dan mudah diserang penyakit.

Oleh itu pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok. Di sini saya kongsikan cara mudah agar pokok kita sentiasa kuat menahan serangan serangga dan penyakit.Baja Cili

CARA BUAT PENGGALAK TANAMAN UNTUK POKOK CILI

Bahan:

  • Belacan – 100g
  • Gula molases / gula merah – 100g
  • Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL

Cara buat:

  • Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
  • Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
  • Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
  • Peram selama sebulan.
  • Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.

Cara guna:

  • 10 mL pati + 2 L air biasa
  • Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali

Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman lain seperti pokok tin, sayuran, dan pokok mulberi. Jom kita cuba di rumah. Lepas ni boleh jual di pasar pula. Jom Cuba

Sumber: Majalah ilmu

KMN

Share.

Leave A Reply