TIPS: Petua Suburkan Tanah Secara Semulajadi | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebelum ini anda selalu mengeluh kenapa tanaman anda selalu bermasalah, ada yang tidak dapat bertahan lama, ada yang tidak berbunga dan berbuah. Mungkin tanah yang anda gunakan tidak subur. Jom ikuti tips yang min kongsikan ini, mana lah tahu tanaman anda akan menjadi.

Tanah

TANAH merupakan asas penting dalam penanaman pelbagai tumbuhan sama ada untuk tanaman makanan, tanaman industri atau tanaman lain.

7 tip suburkan tanaman anda secara semulajadi:

  1. Tanaman berpasu juga ingin ‘minum teh’. Anda agak kurang sabar dengan bunga dalam pasu yang lambat mengeluarkan bunga? Cuba siram bunga anda dengan air teh sejuk. Air teh ini membantu membekalkan banyak mineral kepada tanaman berpasu apabila ia sering disiram dengan air teh setiap hari.
  2. Sisa kotoran kolam makanan enak buat tanah anda. Jika anda mempunyai kolam hiasan, apabila anda membersihkannya, jangan dibuang terus alga dan air kotor tersebut. Siram dan letak ke atas tanah berhampiran tanaman hiasan anda. Nutrient yang terkandung akan diserap oleh tanaman anda.
  3. Berikan kalsium tambahan kepada tanaman anda. Kisar halus kulit telur ayam lalu siramkannya pada tanaman anda.
  4. Suburkan tanah dengan habuk pada beg hampa gas anda. Selepas anda melakukan kerja menyedut kotoran dan habuk di rumah menggunakan hampa gas, anda boleh buang habuk tersebut di atas tanah berhampiran tanaman hiasan. Habuk ini akan memperkayakan tanah anda.
  5. Tempurung kelapa elok untuk sungkupan bagi mengekalkan kelembapan tanah dan dalam masa yang sama mengawal kehadiran rumpai. Berbeza dengan sungkupan lain, tempurung kelapa juga membekalkan nitrogen dan mineral lain sewaktu proses decompose berlaku. Ini semua mampu memperbaharui kualiti tanah anda.
  6. Bukan anda sahaja suka kopi. Tanaman anda juga ada yang menyukainya. Jangan buang hampas kopi anda ke dalam singki. Tapis dan taburkannya di atas tanah. Tanaman hiasan anda terutamanya yang suka kan keadaan  berasid amata perlukan sumbangan ini. Lakukannya sekali sebulan sahaja.
  7. Tahukah anda bahawa rambut manusia mempunyai 30 kali ganda nitrogen berbanding baja najis haiwan. Anda boleh menyumbangkan nitrogen tersebut dengan menabur rambut yang telah digunting di Kawasan berhampiran tanaman anda.

Selamat mencuba dan menikmati hasil yang dikeluarkan oleh tanaman tersebut.

Sumber: Teratak Maya Tempatku Lepak

Share.

Leave A Reply