Banglo Ditimpa Tanah Runtuh Tiga Beranak Terselamat | Tiga beranak berdepan detik cemas apabila rumah banglo didiami mereka di Taman Halaman, Ampang Jaya, ditimpa tanah runtuh dalam kejadian awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tiga beranak yang terselamat tanpa sebarang kecederaan itu terdiri pasangan suami isteri masing-masing berusia 39 tahun dan anak lelaki mereka berusia 11 tahun.

Norazam Khamis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.26 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi.

Sejurus anggota bomba tiba, pemeriksaan mendapati tanah runtuh berlaku di bahagian belakang banglo lima tingkat, dengan tanah dan batuan dari kawasan cerun menimpa dan merobohkan dinding dapur di tingkat satu serta bilik tidur di tingkat dua.

Beliau juga menyata dalam kenyataan hari ini bahawa anggota bomba kemudian melakukan pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian, termasuk memeriksa pergerakan tanah sebelum memasang sawar-sawar di kawasan tanah yang runtuh.

Norazam berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi kemudian dilakukan petugas Unit Cerun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk tindakan seterusnya.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Enam Dari Sepuluh Kenderaan Tertimbus Tanah Runtuh Dikeluarkan

Enam dari 10 kenderaan yang rosak serta tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang Jaya dekat sini sudah dikeluarkan dan diserahkan kepada pemilik masing-masing.

Enam Dari Sepuluh Kenderaan Tertimbus Tanah Runtuh Dikeluarkan

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 23, Mohamad Samat, berkata kerja pembersihan dan mengalihkan tanah runtuhan dimulakan sejak 16 Mac lalu berjalan dengan lancar setakat ini termasuk mengeluarkan kenderaan tertimbus.

Jelasnya, enam daripada kenderaan yang tertimbus dan rosak dalam kejadian sudah berjaya dikeluarkan sejak semalam, dengan empat kenderaan di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai 2 dan dua di Jalan Mega 15, Taman Mega Jaya.

Tambahnya, ketika kenderaan dikeluarkan dan ditunda keluar, kita meletakkan syarat paling utama iaitu pemilik mesti perlu hadir ke lokasi, dan proses itu turut dilaporkan serta diawasi pihak polis yang berada di situ.

Beliau berkata, pihak MPAJ akan membantu pemilik menunda keluar kereta ke kawasan itu sebelum diserahkan kepada pemilik.

Sambungnya, proses selepas itu, terserah kepada pemilik untuk menguruskan perkara selanjutnya termasuk hal berkaitan tuntutan insurans dan pembaikan.

Katanya, pada masa ini, kita masih menunggu pemilik empat lagi kenderaan yang masih belum dikeluarkan dari tempat kejadian, dan sekiranya mereka hadir kelak, kita akan berikan bantuan sewajarnya.

Mengulas mengenai kerja pembersihan, Mohamad berkata selepas hampir lapan hari proses itu dilaksanakan, hanya empat rumah di dua deret kediaman di Jalan Teratai 1/2J yang terjejas masih dilitupi tanah runtuhan.

Katanya, kerja mengorek dan mengalihkan tanah pada hari ini sudah sampai ke rumah nombor dua hujung, dan akan diteruskan sehingga ke rumah pertama dan kedua yang paling teruk terjejas.

Beliau berkata lagi, dalam pada itu, usaha untuk menyalurkan segala jenis bantuan kini sedang diusahakan dan sejak semalam, kita edar dan kutip semula borang permohonan bantuan kerajaan untuk mangsa yang terjejas.

Katanya, dan pada hari ini, pasukan kajian geofizik dari Universiti Sains Malaysia (USM) hadir ke lokasi untuk membuat kajian tanah secara fizikal selain lawatan oleh kakitangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Tambah Mohammad, pihaknya berterima kasih dan menghargai bantuan semua pihak dalam membantu masyarakat di sini selain mencari jalan terbaik agar insiden sebegini tidak berulang pada masa hadapan.

Sumber: Berita HarianĀ 

Share.

Leave A Reply