Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tong Gas Tiba-Tiba Meletup. Bapa Dan Anak Cedera. | GEORGETOWN: “Tak sempat dia sentuh tong gas, tiba-tiba meletup. Bunyi letupan sangat kuat seperti dipanah petir dan bergegar rumah. Ketika itu, anak (Nurul Atiqah) ada di belakangnya.”

Demikian cerita Rosilawati Abdul Rahim, 44, berhubung kejadian tong gas meletup yang menyebabkan suaminya, Mahari Md. Noor, 47, dan anak bongsunya, Nurul Atiqah mahani, 14, melecur teruk seluruh anggota badan dan kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Dia yang tinggal di Apartment Saujana Heights, Teluk Kumbar berkata, Mahari mengalami kesan terbakar 50 peratus pada badannya manakala Nurul Atiqah cedera tangan dan kaki manakala sebahagian rambutnya terbakar.

Katanya, kejadian berlaku ketika suaminya mahu memeriksa bahagian dapur selepas mengesyaki berlaku kebocoran gas kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Ketika itu, kami sekeluarga termasuk dua lagi anak hendak masuk tidur. Suami terdengar seperti air di dalam tandas tidak ditutup dan keluar melihatnya. Ruang masak terletak di belakang tandas.

“Tak sempat dia sentuh tong gas, bahan bakar itu tiba-tiba meletup. Saya kemudian mendengar suara anak mengerang kesakitan dan terus ke dapur. Saya terkejut melihat anak dalam keadaan sudah terbaring manakala suami sempat berdiri dan meminta memanggil jiran,” katanya di sini semalam.

Kata Rosilawati, anak lelakinya pantas memadamkan api di kawasan letupan gas berlaku dengan alat pemadam api yang terdapat di rumah mereka.

“Melihat keadaan suami dan anak, saya menjadi hilang kawalan dan terus meminta bantuan jiran untuk menghantar ke Hospital Balik Pulau sebelum dipindahkan ke HPP.

“Keadaan mereka kini stabil tetapi kerap mengadu kesakitan akibat melecur. Suami saya dijangka menjalani satu pembedahan menampal luka melecur hari ini (semalam),” katanya.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply