Toxic Masculinity | Assalamualaikum. Aku dah lama nak cakap pasal benda ni tapi tak tau nak cakap macam mana. Kali ni baru la ada idea sikit. Tu pun aku tak tau tajuk aku letak tu sesuai ke tak.

Confession ni lebih kepada luahan dan ketidakpuashatian aku yang dah
dipendam lama. Terima kasih admin kalau luluskan confession aku ni ye.

Aku dilahirkan sebagai seorang lelaki. Alhamdulillah aku kira sempurna
je takde cacat cela. Tapi aku rasa kalau mengikut penilaian atau
‘standard’ daripada masyarakat, aku pasti dihukum sebagai bapok, mak
nyah, pondan dan macam2 label lagi la.

Banyak ciri yang ada pada diri aku yang aku rasa tidak menepati
kriteria2 ‘lelaki sejati’ pada pandangan masyarakat.

Aku suka memasak. Sama ada makanan berat ke lauk pauk atau dessert
macam2 pun aku boleh buat sbb aku suka makan dan aku sentiasa cuba
resepi baru. Banyak sangat channel masak yang ada kat youtube tu kan.

Aku yakin dah ramai pun yang sedar memasak ni bukan lagi tugas hakiki
kaum hawa. Tapi masih ada lagi yang berpandangan sinis lelaki suka masak
ni pondan la.

Sedangkan kalau pergi hotel2, kebanyakan chef dia lelaki jugak sebab
untuk hidangan berskala besar tentunya kudrat lelaki diperlukan. Haih.

Kedua, aku kuat bermain dan update anak buah aku dibandingkan adik
beradik lelaki yang lain. Aku tak ramai kawan ea kawan group assignment
jela ramai yang tanya soalan apa2. Tapi kawan yang buat borak2 tu berapa
kerat jer itu pun tak selalu contact.

So aku banyak dalam dunia sendiri jer nak2 musim pkp ni bukak whatsapp
sebab nak tengok update group batch jer hahaha (lonely).

Disebabkan ni aku jadi terlebih sayang dan enjoy serta hargai moment
dengan family. Aku cherish betul2 dengan ipar duai sekali semua jadi
kawan membawang aku, haha. Tapi sebab apa perkara ni menjadikan seorang
lelaki itu bapok aku tak tau..

Ketiga, aku tak minat dan tak layan mana update sukan nak2 bola sepak.
Tapi tu tak bermakna aku tak exercise langsung. Aku suka jogging dan
main badminton. Malah kalau ada peluang main sukan lain macam bola
tampar, ping pong (kecuali bola sepak) tu aku join jugak.

Point aku nak cakap kat sini cuma aku takde knowledge dan info update
pasal bola macam majoriti lelaki lain jer. Takde nak kisah gigi Suarez
ada berapa, Salah tu dosa dia apa, Ronaldo dengan bini dia tu sah ke tak
kahwin dan banyak lagi la.

Dan aku memang kurang minat nak main bola sepak dibandingkan sukan lain
(pernah je main takla benci tapi salah ke kalau nak option lain).

Yang buat jadi benci bila orang sekeliling aku prejudis dan timbul
stigma dekat aku pondan lembik hanya sebab tak main mana bola sepak ni.
Termasuklah cikgu PJ zaman aku sekolah. Dia paksa budak2 main bola.

Aku ikut jerla tapi ada ketika tu aku demam dan takleh join main dia
pergi sindir dan menganjing aku macam aku dah bvnvh orang jer dekat tepi
padang tu.

Aku tak tau apa masalah dia hanya sebab tak main bola BERSEBAB dia nak
bitter overreact macam2. Aku nak main badminton pun dia tak bagi.

Kat sini aku nak tambah sikit pendapat aku sepatutnya kita bagi
kelonggaran dan kebebasan pada murid nak main sukan apa pun asalkan
diorang aktif daripada tak buat apa2 langsung. Dah diorang takde minat
kenapa nak dipaksa-paksa? Haih.

Keempat, aku layan korea. Tapi takdelah fanatik gila2 pun. Sederhana
jer. Kdrama yang berkualiti je aku layan yang mana setakat ni drama
cintan cintun tu aku tak berapa berkenan sangat.

Kemudian bab lagu diorang yang mainstream gila2 jer aku layan macam
blackpink bts tu. Ada la sikit ambil tau updates diorang pun.

Tapi kalau ikut tanggapan netizen yang lapuk dan mundur ni lelaki minat
korea je gay. Aku serious takleh brain weh .

Dah cuba rendahkan kapasiti otak aku ke tahap maksima pun takleh nak
relate atau setuju dengan keb*d*han yang tidak bertebing itu. Dengan
radikalnya puak2 typical ni kecam peminat2 korea (kpop to be particular).

Apa salahnya orang nak minat pun? Dan sini aku nak relate dengan bola
sepak tu. Sebab tipikalnya yang kecam kpop ni mesti lelaki yang fanatik
dengan benda lain.

Apa yang biasa lelaki fanatik? Bola, game, kereta dan macam2 lagi. Aku
bagi contoh game tu ramai je yang leka main sampai tak solat tak bergaul
dengan orang. Ini pengalaman aku sendiri ea dengan orang2 macam ni.

Aku pun pernah je main ps2 ps4 sekejap zaman sekolah tapi takdela tahap
tu. Kalau bola tu semata2 nak seat yang nice pergi awal tak solat maghrib.

Lagi aku baca haritu dekat satu confession ni cakap laki musim piala
dunia tido lewat berjaga tengok match diorang nak esoknya bangun lambat
subuh gajah mammoth. Betul kan ramai buat macam ni?

Tapi ikut mazhab sesat puak2 tipikal ni tetap halal je hukum dia kan
sebab ramai yang buat. Tak pasal2 je banyak khilaf. Tak macam kpop tu
bila sebahagian kecil peminat yang obsessed buat ritual bakar lilin
meratap kem4tian idol tu seluruh generasi peminat kpop kena hukum neraka.

Confirm jer ulamak2 bersatu pendapat kan. Benda dah lepas bertahun2 pun
diungkit lagi dan lagi. (Point ni pun aku pinjam dari satu confession
aku terbaca haritu).

Point aku, bila sesuatu benda tu ramai orang buat dan menjadi kebiasaan
dia akan jadi “oh alaa takpe biasa la”. Nak2 untuk kaum lelaki yang
fanatik suka mengecam ni la.

Bila turn orang lain dihukum dan judge macam pintu taubat tu diorang
boleh tutup (padahal tak perlu taubat pun selagi minat tu tak
menyebabkan langgar syariat ke apa).

Macam dah lari jauh pulak kan confession aku. Tapi tak. Ini realiti
masyarakat hari ni yang terlampau judgemental dan sibuk hal orang. Kecam
dan hentam sampai orang d3pr3ssed dan suicide dianggap benda biasa.

Aku antara yang terkesan dengan sikap netizen yang suka judge org 24 jam
tapi tak sedar diri lagi teruk. Bila aku bawak isu fanatik bola game tu
tengok la berapa ramai meroyan nanti. Sebab lelaki ni memang tipikal ego
tinggi susah nak mengalah walaupun dah terang2 salah.

Aku rasa sebagai kesimpulan dia, kelelakian seseorang tu bukan
berdasarkan dia minat apa atau perilaku dia. Banyak lagi kriteria lelaki
sejati yang ramai lelaki khususnya Melayu yang judgemental nak mampos ni
takde :

-Solat 5 waktu di masjid.

-Boleh jadi imam.

-Basuh pinggan dan boleh buat kerja rumah instead of goyang kaki macam
anak raja.

Kalau yang dah kahwin lagilah kena bagi nafkah yang cukup untuk anak
bini dan lain2.

So aku rasa untuk saudara sejantina aku kat luar tu sebelum hukum orang
pondan, gay lebih baik tengok diri sendiri dulu la. Kau tengok
sebahagian kriteria contoh aku bagi kat atas tu confirm2 korang sangkut.

Sebab orang judgemental ni dia tak lebih dari sekadar penunggang agama
yang mempergunakan dalil untuk kecam orang dan rasa diri dia lebih baik.

Tak puas hati? Lantak kau. Adios.

– Kaum Adam (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Share.

Leave A Reply