PENAMPANG — Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengesahkan beberapa imej sebuah pacuan empat roda terperosok di dalam pembentung parit berdekatan bulatan Sigah, Pekan Donggongon merupakan kenderaan yang dihanyutkan arus deras banjir semalam.
Difahamkan, gambar yang memaparkan kejadian itu tular di media sosial sejak awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Harris Hj Ibrahim berkata pihaknya telah menerima laporan oleh pemilik kenderaan tersebut.
“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 14 Februari 2023 lalu ketika daerah ini dilanda banjir.
“Keadaan jalan di kawasan berkenaan yang dinaiki air pada hari kejadian menyukarkan mangsa hingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya terbabas ke parit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Harris, mangsa berjaya menyelamatkan diri. Namun, kenderaan yang dipandunya telah dihanyutkan arus deras banjir sehingga terperosok ke dalam pembentung parit itu.
Susulan itu, pihak polis menasihatkan agar orang ramai tidak memuat naik sebarang fakta yang tidak sahih dimana-mana platform media sosial berhubung kejadian.
Hal ini bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan dan mendatangkan kegusaran masyarakat.
Sumber: Siakap Keli
Baca Juga: Seorang Lelaki Maut Selepas Dihanyut Kepala Air
Kegembiraan lima sekawan mandi-manda bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut selepas dihanyutkan kepala air di Air Terjun Burmese Pool di Bukit Larut di sini pada petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, lima sekawan yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita mengunjungi Burmese Pool untuk beriadah pada pukul sekitar 3.50 petang semalam.
“Kurang dari sejam berada di sana, hujan mula turun menyebabkan kesemua mereka bersiap-sedia untuk meninggalkan lokasi dan mangsa, S. Jeremy Anthony, 28, telah dilihat oleh rakan mereka menyeberang sungai untuk mengambil beg galasnya.
“Ketika mangsa hendak berpatah balik menyeberang sungai, mangsa tergelincir dan pada masa sama kepala air yang deras dari arah hulu sungai telah menghanyutkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Osman, usaha mencari mangsa telah dilakukan sejak petang hingga pukul 8 malam semalam, namun mangsa gagal ditemui.
“Usaha pencarian mangsa diteruskan pada pukul 8 pagi hari ini dengan kekuatan seramai 25 anggota termasuk pegawai dari PDRM dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping.
“Mangsa berjaya ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam air di kawasan Sungai Batu Teguh iaitu kira-kira 1 kilometer dari lokasi kejadian pada sekitar pukul 10 pagi, “katanya.
“Kurang dari sejam berada di sana, hujan mula turun menyebabkan kesemua mereka bersiap-sedia untuk meninggalkan lokasi dan mangsa, S. Jeremy Anthony, 28, telah dilihat oleh rakan mereka menyeberang sungai untuk mengambil beg galasnya.
“Ketika mangsa hendak berpatah balik menyeberang sungai, mangsa tergelincir dan pada masa sama kepala air yang deras dari arah hulu sungai telah menghanyutkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Osman, usaha mencari mangsa telah dilakukan sejak petang hingga pukul 8 malam semalam, namun mangsa gagal ditemui.
Tambahnya, pemeriksaan fizikal ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kecederaan pada hidung dan tiada unsur-unsur jenayah.
Sumber: KMN