Tragedi Bulan Madu! Pengantin Perempuan Cedera Gara-gara Bom Zaman Perang Dunia Meletup | Momen terindah pasangan suami isteri ini ketika berbulan madu bertukar tragis selepas pengantin perempuan tersebut dilaporkan terkena letupan bom dari zaman perang dunia di lokasi tempat mereka berbulan itu, baru-baru ini.
Menerusi laporan The Sun, pasangan Norbert Varga dan Lidiia Makarchuk pada ketika itu sedang berkhemah di Gunung Carpathian, berdekatan Hungary bersama keluarga dan rakan terdekat sekaligus berbulan madu di sana.
Tragedi tersebut bukan sahaja mengakibatkan kecederaan parah pada mata kiri dan wajah Lidiia, malah turut memakan korban nyawa iaitu adik lelakinya, Myroslav setelah dua jam bertarung nyawa di tempat kejadian.
Menceritakan detik-detik cemas tersebut, Lidiia mengatakan bahawa pada awalnya, dia terasa seperti mukanya dibaling dengan batu, lebih-lebih lagi di kawasan hidung sebelum berasa berdesing di bahagian telinga.
Tambahnya lagi, dia mula memusing dalam keadaan menekup wajahnya dengan tangan dan mula berdoa untuk diri sendiri.
Seketika dia menyedarinya kembali, dia melihat bahawa semua yang ada di situ sedang mengerang kesakitan, menurut laporan The Sun.
Bercakap mengenai kematian adik lelakinya, ujar Liidia dia boleh mendengar sang adik tercungap-cungap namun ketika itu dia sendiri sedang terlantar kesakitan. Liidia juga mengaku berasa kesal atas kematian adiknya kerana tidak sempat mengucapkan ‘selamat tinggal’.
Menurut The Sun, Liidia dan beberapa orang lagi yang cedera parah akibat insiden tersebut tiba di hospital tujuh jam setelah letupan berlaku iaitu kira-kira 90 minit mereka terpaksa menunggu untuk bantuan medik tiba.
Bom tersebut dikatakan berasal dari zaman peperangan Russia ketika menentang Austria-Hungary pada tahun 1916 iaitu semasa Perang Dunia Pertama. Bom lama tersebut kembali ‘hidup’, dipercayai kerana dipicu oleh unggun api di tapak perkhemahan tersebut.
Sumber: The Sun