Tsunami Kini Dikesan Di Marapokot Flores, Indonesia | Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia melaporkan menerusi laman Twitter sebentar tadi telah mengumumkan bahawa tsunami telah dikesan di Marapokot pada jam 11:36 pagi (waktu tempatan) susulan gempa berkekuatan magnitud 7.4 dikenalpasti.
#Pemutakhiran,Tsunami akibat Gmp Mag:7.4SR, telah terdeteksi di MARAPOKOT(10:36WIB)0.07m REO(10:39WIB)0.07m,#BMKG pic.twitter.com/0m2cbLCBZj
— BMKG (@infoBMKG) December 14, 2021
Menerusi ciapan tweet tersebut dilaporkan tsunami yang berlaku di Marapokot itu dikatakan pada ketinggian 0.07 meter saat ini.
Sebelum ini, pihak BMKG telah pun mengeluarkan peringatan awal tsunami di beberapa wilayah antaranya di wilayah Maluku, NTB, NTT, Sulawesi Selatan, dan Sulawesi Tenggara.
Dalam masa sama, telah berlaku satu gempa bumi susulan dengan magnitud lebih dari 5.0 turut dilaporkan berlaku pada pukul 10.47.02 (waktu tempatan).
Gempa tersebut difahamkan berlokasi di 129km BaratLaut Maumere, Sikka, NTT.
Sumber: Twitter