Tukang Jahit Berusia 92 Tahun Semangat Siapkan Tempahan Bagi Musim Aidilfitri

| May 9, 2021 | 0 Comments

Tukang Jahit Berusia 92 Tahun Semangat Siapkan Tempahan Bagi Musim Aidilfitri | Seorang tukang jahit yang dikenali sebagai Che Hamat Che Pa yang dikhabarkan usianya telah mencecah 92 tahun masih kuat menyiapkan tempahan sempena menyambut hari raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Tukang Jahit Berusia 92 Tahun Semangat Siapkan Tempahan Bagi Musim Aidilfitri

Walaupun sudah mencecah usia yang sebegitu, namun beliau yang mesra disapa Ayahmat berasa seperti tidak lengkap sekiranya tidak bersama ‘jarum dan benang’ dalam kehidupan seharian selain turut mengusahakan kedai jahit yang dikenali sebagai Harison Style iaitu sempena nama anak ketiganya.

Menurut Ayahmat menerusi Awani, kadang kala beliau akan merasa letih dan seperti hendak demam jika tidak dapat mempraktikkan ilmu jahitan yang dipelajari menerusi arwah sepupunya Wan Ibrahim Che Abdullah dengan sebaik-baiknya. Tambahnya lagi, arwah sepupunya itu mempunyai pengalaman menjahit di Singapura dan Mesir serta mempunyai pelanggan yang terdiri daripada kerabat diraja.

Walaupun kedai tersebut jauh dari jalan utama, dia juga dikatakan masih meneriama tempahan  daripada pelanggan tetap yang terdiri daripada penduduk setempat dan pelbagai daerah antaranya Kota Bharu dan Pasir Mas selepas kedai tersebut telah beroperasi di rumahnya sejak 2019.

Che Hamat yang sudah menceburi bidang jahitan selama 73 tahun mahir menjahit beberapa jenis pakaian seperti baju melayu dengan kadar upah sebanyak RM130, jubah lelaki (RM70), jubah perempuan (RM50) manakala baju kurung antara RM45 dan RM50.

Kedai jahitan tersebut turut dibantu oleh isteri beliau, Zawahir Abdullah, 60 namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pelanggan tidak lagi datang untuk menempah pakaian di kedai mereka kerana proses mengukur baju agak sukar kerana arahan halangan merentas daerah.

Jelas Che Hamat, disebabkan pelaksanaan PKP, dia hanya menerima 30 tempahan sahaja pada aidilfitri kali ini berbanding tahun sebelumnya kira-kira sebanyak 100 pasang yang telah ditempah pelanggan.

Memandangkan situasi tidak mengizinkan, beliau menggangap ia sebagai salah satu peluang untuk lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga dan hanya mengambil masa sehari untuk menjahit satu atau dua baju sahaja berbanding sebelumnya tidak menang tangan.

Sumber: Astro Awani 

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *