Tukang Sihir Rusia Dedah Sukar Sihir Orang Islam, Ini Sebabnya.. | Tular sebuah video di Twitter baru-baru ini mengenai seorang penyihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara mengakui dirinya sukar untuk menyihir orang Islam yang menjaga solat.

 

 

Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi golongan Muslim ini berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, orang Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari.

“Saya berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama. Sangat susah untuk saya mempengaruhi orang Islam. Mereka diwajibkan beribadah setiap hari. Maka mereka sentiasa berada dalam kubah pelindung.

“Sangat susah untuk sihir menembusi mereka. Orang Islam sentiasa berdoa kepada pencipta mereka. Orang Muslim memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan pencipta mereka. Pencipta itu juga sangat protektif,” katanya.

Tambah ahli sihir wanita itu, dia pernah mencuba untuk menyihir orang Islam namun kaedah yang digunakan seolah-olah tidak berkesan, malah ada kuasa ‘misteri’ akan muncul sebagai penghalang.

“Jadi usaha untuk menyerang Muslim yang taat pada agamanya adalah sangat sukar untuk dilakukan kerana mereka sentiasa berada dalam sejenis ‘kubah pelindung’ dan sangat sukar untuk menyusup masuk (melalui sihir) ke dalam diri mereka,” ujarnya.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply