Sejak minggu lalu, kecoh dalam laman sosial mengenai video tular yang mendakwa pelakon muda Syafie Tee, yang juga anak kepada pendakwah terkenal, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah bercium sakan dengan seorang wanita.

TULAR! Anak Pendakwah Terkenal Bercium Sakan. Ini Pengakuan 'Kekasihnya'...

Selepas isu panas itu tular, timbul pula dakwaan mengatakan bahawa wanita yang dicium pelakon itu bukanlah seorang wanita tulen.

Sebaliknya wanita itu dikatakan seorang mak nyah atau pondan, atau dengan kata lain, ‘wanita berloceng’.

Perkara itu telah didedahkan seorang pengguna Twitter yang berkongsi tangkap layar profil wanita tersebut.

Ternyata wanita itu sendiri mendedahkan dirinya merupakan seorang transgender dalam satu ruangan komen.

Ini memberi teka-teki sama ada Syafie Tee mempunyai nafsu songsang.

Di Twitter juga, rata-rata netizen meninggalkan komen dengan meluahkan rasa terkejut.

Malah, ada yang berpendapat wanita ini sengaja menukar ‘status’ dirinya untuk mencetuskan kontroversi serta menghangatkan lagi isu ini.

Walau bagaimanapun, kesahihan video yang tular ini belum mendapat pengesahan dari mana-mana pihak.

Malah, Syafi sendiri masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan meskipun namanya sedang hangat diperkatakan.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply