Warga emas yang tular dipukul lelaki di jalan raya berhampiran jejantas di Padang Jawa, dekat sini, Ahad lalu, memaafkan pemuda terbabit.
Zainol Din Hussain, 61, berkata walaupun insiden berkenaan memberi kesan kepada kesihatannya dengan kecederaan pada muka, badan serta tulang rusuk, dia berlapang dada memaafkan pemuda berusia 23 tahun itu.
Beliau berkata, seikhlas hati mohon maaf sekiranya ada silap dan berlapang dada untuk memaafkan dia kerana tidak ingin kejadian ini berulang lagi. Beliau juga sedih dengan apa yang dilakukannya kerana pemuda tersebut berusia 23 tahun iaitu di peringkat umurnya.
Katanya, walaupun sedia memaafkannya, perkara ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan sewajarnya.
Diminta mengulas dakwaan bahawa dia menunjukkan isyarat tidak senonoh sehingga membuat lelaki itu berang, Zainol Din menafikannya dan memaklumkan dia tidak akan melakukan perkara sebegitu, apatah lagi dirinya warga emas.
Ujarnya, umurnya sudah 60 lebih, ada penyakit buah pinggang, jadi kena malu dengan diri sendiri dan Tuhan sebelum membuat provokasi sebegitu. JSejujurnya beliau mengakui tak buat benda itu dan juga tanya kepada isteri yang ada bersama adakah beliau membuat hal sedemikian secara tidak sengaja, namun isterinya mendakwa tidak ada.
Pesara swasta itu juga menafikan bahawa dia memanggil penduduk kampung untuk memukul pemuda berkenaan, sebaliknya mereka cuba menyelamatkannya daripada terus dipukul.
Jelasnya lagi, orang kampung kenal dirinya yang sudah 30 tahun tinggal di situ dan ketika itu. Beliau mengakui memang tiada masa nak panggil orang kampung masa itu, kejadian terlalu pantas dan di luar kawalannya. Orang kampung ke tempat kejadian sebab mereka kenal dan cuba untuk membantunya.
Justeru beliau menjelaskan bahawa dakwaan memanggil mereka untuk memukul pemuda itu adalah salah yang ketika itu bersama isteri serta cucu dalam perjalanan ke rumah besan di Putrajaya dan Ampang untuk berhari raya dan ketika sedang menaiki jambatan, dia terdengar jeritan seterusnya memberhentikan kereta.
Katanya, sebagai orang tua, saya ingat saya melanggar dia atau dia melanggar kereta saya, jadi saya berhenti. Saya tidak pasti apa yang dijeritkan pemuda itu. Saya cuma nampak dia patah balik dan terus terajang saya,” katanya.
Ahad lalu, satu rakaman menunjukkan seorang lelaki sedang memukul warga emas tular di media sosial dan susulan kejadian itu, lelaki berkenaan ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Berita Harian