Tular Foto Niezam Zaidi Pernah Pakai Baju Juruterbang. Ini Respon TUDM | Susulan kes penahanan pelakon Niezam Zaidi disebabkan penyalahgunaan dadah, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut terkait. Semua ini berpunca dengan foto Niezam berpakaian seragam TUDM digunakan untuk artikel berita tersebut.

Tular Foto Niezam Zaidi Pernah Pakai Baju Juruterbang. Ini Respon TUDM

Menerusi satu kenyataan, Bahagian Perhubungan Awam, Markas TUDM Kuala Lumpur menyatakan isu itu telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta mencalarkan imej pasukan tersebut.

Tular Foto Niezam Zaidi Pernah Pakai Baju Juruterbang. Ini Respon TUDM

Tular Foto Niezam Zaidi Pernah Pakai Baju Juruterbang. Ini Respon TUDM

Katanya, pelakon tersebut tidak pernah berkhidmat dengan TUDM serta Pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) tetapi foto berpakaian seragam itu adalah ketika penggambaran drama Gempur Wira.

Dalam pada itu, TUDM mengingatkan pada pihak media, pengguna media sosial dan blogger agar lebih peka dalam pemilihan gambar yang digunakan supaya perkara ini tidak berulang lagi.

Sumber : Facebook TUDM, OhBulan

Share.

Leave A Reply