Tular Pelajar Matrik Dikompaun RM 1.5K, Ini Respon Tan Sri Dr Noor Hisham

| April 19, 2021 | 0 Comments

Tular Pelajar Matrik Dikompaun RM 1.5K, Ini Respon Tan Sri Dr Noor Hisham | Tular satu foto semalam di laman Twitter menunjukkan beberapa pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memberi kompaun kepada dua pelajar akibat telah melanggar SOP.

Tular Pelajar Matrik Dikompaun RM 1.5K, Ini Respon Tan Sri Dr Noor Hisham

Kejadian tersebut difahamkan telah berlaku di sebuah institusi pendidikan di Perak. Disebabkan perkara itu, pelajar yang lain mula meluahkan rasa kesal dan memuat naik gambar tersebut.

Menurut perkongsian dari pelajar, mereka tidak ke mana-mana sejak semester baru di buka.

Tular Pelajar Matrik Dikompaun RM 1.5K, Ini Respon Tan Sri Dr Noor Hisham

Bagaimanapun, ciapan tersebut telah mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengatakan siasatan segera sedang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas aduan yang dikemukakan dan perkara ini akan diambil tindakan secepat mungkin.

Sumber : Twitter

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *